Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Tren Monorel Baharu Empat...

KUALA LUMPUR - Dua daripada tren monorel yang baharu buatan Malaysia yang mempunyai...

Rasuah: Penyelia Dipenjara 14...

SEREMBAN - Seorang penyelia bengkel hari ini dihukum penjara 14 hari dan denda...

Kesemua Pemain Cukup Bersedia...

KUALA LUMPUR - Juara bertahan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Johor Darul Ta'zim...

Mahathir Kagum Projek Stesen...

LONDON - Tun Dr. Mahathir Mohamad memuji pembangunan Stesen Jana Kuasa Battersea selepas...

“Kebetulan Jadi Rezeki Saya, Saya Terima Saja” – Zahirah

SEMENJAK video ‘panas’ Fathia Latif tular di media sosial, banyak andaian telah dibuat oleh netizen kononnya gadis comel ini cuma bertudung kerana fesyen.

Kini, drama bertajuk La Luna yang sepatutnya menampilkan Fathia sebagai Luna secara tiba-tiba telah digantikan oleh Zahirah MacWilson.

Baca: Zahirah MacWilson Jadi ‘Luna’ Baharu Ganti Fathia?

Mungkin ini yang dinamakan rezeki datang bergolek. Maklumlah, Zahirah kini baru sahaja selesai bagi pengambaran drama Duda Pujaan Dara. Kini, dia akan sambung semula beraksi bagi drama La Luna ini.

Namun, Zahirah telah menepis segala desas desus kononnya dia berasa tertekan selepas dipilih untuk menggantikan Fathia di dalam drama tersebut.

Dia juga tidak menolak bahawa ini semua merupakan rezekinya untuk membina nama dalam dunia lakonan sejak menapak di dalam industri hiburan pada tahun 2015 yang lalu.

“Bagi saya itu merupakan kebetulan dan rezeki yang telah ditentukan lagipun buat masa sekarang saya baru saja habis penggambaran drama Duda Pujaan Dara.

“Saya tak tertekan untuk menggantikan Fathia kerana saya suka watak yang diberikan dan jalan ceritanya juga amat menarik,” katanya dipetik dari Astro Gempak.

Selain itu, Zahirah juga tidak memikirkan mengenai kontroversi yang melanda Fathia dengan drama yang bakal dilakonkannya itu. Baginya, itu bukan satu masalah baginya untuk meneruskan pengambaraan drama itu.

“Saya juga tidak fikir langsung pasal kontroversi kerana itu adalah kerja dan tanggungjawab yang telah diberikan.


“Peminat juga memberi komen positif di media sosial apabila mengetahui saya menggantikan Fathia dan terpulang pada orang untuk bandingkan lakonan kami berdua,” tambahnya lagi.

Bakat lakonan Zahirah mula digilap menerusi drama pertamanya, Dunia Generasi BaruCik Cinderella dan Encik Tengku, serta Cucu Tauke Beras dan banyak lagi.

Sebelum ini, Zahirah sudah melibatkan diri dalam dunia peragaan sejak berusia 12 tahun. Bapanya, Zainol MacWilson juga merupakan seorang pelakon dan juga bekas penyampai berita TV3.

Walaupun krew produksi Tenview Production Sdn. Bhd. terpaksa merakamkan semula 35 babak yang telah dilakonkan oleh Fathia, mereka tetap gigih bagi menjayakan drama ini.

Selain Zahirah, bintang lain yang turut bersama-sama di dalam drama ini ialah Azrel Ismail, Afiq Muiz, Alisha Sanda serta ramai lagi. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Kategori