Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Banjir: Najib Arah Menteri...

KUALA LIPIS - Semua menteri kabinet yang sedang berada di luar negara telah...

Public Mutual Umum Agihan...

KUALA LUMPUR – Anak syarikat milik penuh Public Bank Bhd, Public Mutual mengumumkan...

Polis Terengganu Lumpuhkan Geng...

KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu melumpuhkan satu sindiket pengedaran dadah di daerah ini...

Bekas Pemain Bola Sepak...

KOTA BHARU - Bekas pemain bola sepak negara, Wan Hassan Wan Ibrahim meninggal...

Kedai Ayam Segar Jual RM1 Seekor Diserbu Ramai

SUNGAI PETANI – Demi ayam yang dijual pada harga hanya RM1 seekor, orang ramai sanggup datang berhimpun seawal pukul 6.30 pagi untuk mendapatkan stok terhad ayam segar terbabit.

Tawaran istimewa itu disediakan Ayam Bismi Sdn. Bhd. bersempena dengan pembukaan cawangan baharu syarikat milik Bumiputera berkenaan di Taman Pekan Baru di sini, yang menggantikan cawangan lama di Sungai Lalang.

Sambutan luar biasa itu menyebabkan stok 100 ekor ayam dengan harga istimewa tersebut habis dijual dalam tempoh sejam sahaja ketika masih ramai lagi berbaris panjang sehingga mencecah ke Jalan Penghulu Him.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bismi, Mazlina Kamarudin, berkata pihaknya tidak menyangka sambutan diterima amat hebat apabila lebih 300 orang mula beratur sejam sebelum jualan bermula pada pukul 7.30 pagi.

Beliau ketika ditemui media tempatan menjelaskan bahawa ayam tersebut bersaiz besar dengan berat kira-kira 2.9 kilogram yang secara kebiasaannya dijual oleh peruncit pada harga sekitar RM20 ke atas di pasaran.

Katanya, jualan murah itu adalah sebahagian daripada program ‘Huluran Sayang’ dijalankan bagi membantu orang awam mendapatkan ayam segar pada harga murah, di samping berkongsi keuntungan dengan pelanggan.


“Dengan adanya penjualan khas seperti ini, kita ingin menunjukkan kepada masyarakat bahawa harga RM1 itu pun masih lagi bernilai, selain ingin menggalakkan para pengunjung untuk datang ke cawangan baharu syarikat ini.

“Kita juga akan cuba melakukan di tempat lain pada masa depan,” kata Mazlina kepada pemberita selepas ditemui sempena promosi cawangan baharu itu, hari ini yang kebetulan jatuh pada hari cuti mingguan di seluruh Kedah.

Mengenai pelanggan yang tidak sempat membeli stok terhad ayam pada harga RM1 itu, beliau berkata pihaknya sedia menawarkan ayam segar pada harga serendah RM5.99 sekilogram untuk tidak menghampakan mereka.

“Ayam segar yang dijual dengan harga rendah ini boleh didapati di semua cawangan Ayam Bismi namun hanya ditawarkan selama tiga hari sehingga Ahad ini sahaja,” kata Mazlina. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori