Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Kedah Catat 14 Kes...

SUNGAI PETANI - Kedah kini mencatatkan 14 kes masalah kesihatan membabitkan cuaca panas...

Dua Suspek Mengaku Tidak...

BANGKOK - Dua etnik minoriti Uighur mengaku tidak bersalah atas dakwaan mengebom Kuil...

Lelaki Ditahan Bantu Siasatan...

IPOH – Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan video tular di media...

KDN Siasat Rakaman Audio...

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyiasat rakaman audio perbualan didakwa...

Kekurangan Integriti Dalam Individu, Organisasi – Zeti

KUALA LUMPUR – Wujud keperluan untuk memperkukuhkan piawaian etika dan integriti individu serta organisasi dalam persekitaran dengan keadaan ekonomi menjadi tidak menenti bagi tempoh yang berpanjangan, kata bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Beliau berkata, perkembangan di peringkat dunia itu menyebabkan berlakunya kekurangankepercayaan dan keyakinan​​​ ​​​​dalam sistem serta kerajaan bagi menangani isu tersebut serta hasilnya.

Zeti, yang juga Pengerusi Bersama Lembaga Gabenor-gabenor di Asia School of Business, berkata, antara faktor asas yang menyebabkan peningkatan ketidakpercayaan itu adalah kegagalan nilai etika, kekurangan kebertanggungjawapan peribadi dan organisasi serta kelemahan tadbir urus dan kawalan dalaman.

“Kepercayaan adalah penting terutama ketika berdepan tempoh kritikal, apabila anda berada di tahap paling tidak berdaya. Bagaimanapun, membangunkan kepercayaan adalah usaha yang berpanjangan.

“Oleh itu, usaha nyata dan berterusan diperlukan untuk membina kepercayaan ini. Ia mesti ada ketika anda perlukannya,” katanya semasa menyampaikan ucaptama di majlis Anugerah Bina Kepercayaan PwC Malaysia kali kedua di sini, malam ini.

Zeti berkata, pematuhan undang-undang perlu diperkukuhkan melalui budaya nilai etika yang tinggi.

Selain itu, ia memerlukan perubahan kepada insentif dan kod profesional, serta pada masa sama mempunyai penentuan jelas​​​​​​​ mengenai had tanggungjawab dan akauntabiliti bagi menyediakan asas​​​​​​​kepada kemajuan budaya organisasi yang tinggi, katanya.

Beliau berkata, peningkatan mendadak salah laku korporat di peringkat global dan pelbagai skandal​​​​​​​yang melanda dunia telah memusnahkan kepercayaan dan keyakinan secara ketara.


“Ini sebahagian besarnya wujud dalam bentuk penyalahgunaan berleluasa dalam sistem, meningkatkan amalan yang boleh dipersoalkan dan kurang bijak, salah laku berulang dan pelanggaran etika profesional, rasuah dan tidak kompeten.

“Perniagaan dan industri kewangan kini berdepan cabaran hebat dalam membangunkan semula kepercayaan itu,” katanya.

Zeti berkata, wujud pergantungan yang besar kepada media untuk melaksanakan tanggungjawab​​​​​​​pelaporan mereka, berikutan ketidakpercayaan media yang semakin meningkat ketika perlu mengetahui dan menyedari mengenai apa yang sebenarnya berlaku.

Pada majlis itu, Sime Darby Bhd. dinobatkan sebagai pemenang anugerah 2017 atas usaha firma itu membangunkan kepercayaan dengan pemegang kepentingannya Axiata Group Bhd. menjadi pemenang kedua. – BERNAMA

Kategori