Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Uber Lancar UberMOTO Di...

DHAKA - Syarikat pengangkutan teksi dalam talian, Uber pada Selasa mengumumkan pelancaran perkhidmatan...

Selepas Lawat Israel, Netanyahu...

GAZA : Seorang pegawai kanan Hamas, menjemput bilionair Amerika Syarikat (AS), Elon Musk...

Identiti Warga Bangladesh Rentung...

TAPAH - Polis sedang menyiasat identiti seorang lelaki warga Bangladesh yang ditemukan rentung...

Noripah Pengerusi Lembaga Pengarah...

PUTRAJAYA - Bekas Penasihat CIMB Islamic Bank Bhd (CIMB Islamic), Datuk Noripah Kamso...

Kelantan Perlu Buru Mata Penuh, Elak Penonton Kecewa

KELANTAN yang berada di ambang zon penyingkiran Liga Super 2017, perlu memburu mata penuh dalam baki dua perlawanan liga bagi mengelak pasukan ‘The Red Warriors’ (TRW) itu tersingkir ke Liga Perdana musim depan.

Justeru, Presiden baharu Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan, meminta penyokong membanjiri Stadium Sultan Mohamad IV di sini, Rabu ini, bagi menyuntik semangat pemain memperagakan aksi cemerlang menentang PKNS FC.

Kelantan kini terpelosok ke tempat ketiga dari bawah carta liga dengan mengumpul 18 mata dan terpaksa berentap dengan pencabar zon penyingkiran Sarawak yang ketinggalan satu mata manakala Pulau Pinang sudah sah tiket ke LIga Perdana musim depan setelah mengumpul 12 mata selepas 20 perlawanan.

“Kelantan mempunyai peluang cerah untuk memungut tiga mata penuh pada aksi Rabu ini. Jadi saya mahu pemain memberikan aksi terbaik dengan tidak mensia-sia peluang di laman sendiri,”katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Selepas pertemuan dengan PKNS FC, pasukan TRW akan bertandang ke Stadium Hang Jebat, Melaka, untuk perlawanan akhir liga dengan berdepan Melaka United pada 28 Okt depan.


Dalam pada itu, Sarawak,yang menduduki tangga ke-11 liga dengan 17 mata, berdepan dengan tugas getir untuk mengutip mata penuh apabila berdepan Kedah, Rabu ini, dan melengkapkan jadual liga dengan menentang T-Team pada 28 Okt depan. – Bernama

Kategori