Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

AADC 2 Kembalikan Nostalgia...

PEMINAT filem Indonesia yang menjadi fenomena 14 tahun lalu, Ada Apa Dengan Cinta...

Pamer Nombor Plat Lain...

KUALA LUMPUR: Tindakan meletakkan nombor pendaftaran kenderaan lain pada kenderaan sendiri tetap menjadi...

Muka Cantik Cepung-Cepung, Sayang...

ADAKALANYA kita melihat kanak-kanak terkedek-kedek berjalan dengan kaki yang kengkang. Bagi kanak-kanak yang...

E-gate Dibuka Kepada Warga...

JOHOR BAHRU : Kemudahan e-gate di dua pintu masuk negara di Kompleks Kastam,...

Kelas Pelakon Kayu Atau Kelas Tingkatkan IQ?

QU Haidar bikin panas bulan lalu apabila mahu menganjurkan kelas lakonan untuk pelakon. Bukan kelasnya jadi isu, tapi istilah pelakon kayu yang mencetuskan kontroversi.

Tak apalah. Itu sensasi. Ada positifnya, kerana ilstilah pelakon kayu yang dikaitkan dengan Fattah Amin paling tidak menjadi kuasa promosi pada niat baik pelakon yang popular dengan filem Cinta si Pari-pari itu.

Selesai sudah bab kelas lakonan dan isu pelajon kayu.

Tiba-tiba meletup pula isu pelakon beraksi seksi di laman sosial aplikasi Bigo. Visual belanja buah betik percuma dengan aksi pokok betik dalam bilik hotel. Betiknya nampak sedikit, cuma pokoknya nampak macam bodohlah pula.

Walaupun empunya buah betik berdolak-dalik, hingga tercetus banyak spekulasi, akhirnya peminat tahu juga: Betik murah itu asalnya dari ladang milik siapa.

Walaupun empunya ladang mulanya enggan mengaku, malah semacam ada konspirasi akal cetek untuk cuba melindungi kesilapan pemilik ladang, tetapi wajah yang jelas pada visual yang tersebar itu cukup menjadi bukti: Itu betik milik artis terkenal dan bukan betik milik beruang hutan!

Isu buah betik memberi banyak pengajaran. Kejutan utama, walaupun betik bertudung, tapi buahnya boleh terlucut daripada sarung.


Kah!Kah!Kah.

Sedikit pengajaran. Mungkin lepas ini Qu Haidar patut menganjurkan kelas latihan IQ. Melatih peladang untuk belajar melindungi betiknya daripada jadi barang jajaan!

Pesanan utama kelas lakonan ialah: Tidak semua betik boleh dipamerkan! – MYNEWSHUB.CC

Kategori