Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Pemberhentian 6,000 Pekerja Usaha...

KUALA LUMPUR - Seorang ahli akademik veteran berkata pemberhentian 6,000 pekerja Malaysia Airlines...

Sukma Dianjur Setiap Negeri...

HASRAT... Majlis Sukan Negara (MSN), selaku pemilik Sukan Malaysia (Sukma) merancang untuk anjurkan...

Keluarga Aminulrasyid Terima Ganti...

SHAH ALAM - Keluarga Aminulrasyid Amzah, remaja lelaki yang mati terkena tembakan seorang...

Tunggu Laporan Penuh Kes...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan kini menunggu laporan perubatan penuh dari Hospital Sultan Ismail...

Kementerian Sumber Manusia Sedia Bekerjasama SPRM

PUTRAJAYA – Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot memberi jaminan bahawa kementerian itu akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan kes penyelewangan peruntukan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).

Beliau berkata kementerian menyerahkan kepada SPRM untuk menjalankan siasatan sewajarnya ke atas dakwaan penyelewangan di PTPK, sebuah agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia.

“Pihak kementerian memberi jaminan sepenuhnya bahawa kerjasama akan diberikan kepada SPRM dan terus menyokong usaha SPRM dalam membanteras rasuah serta penyelewengan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Semalam, media melaporkan SPRM menahan empat individu kerana disyaki menyeleweng dana kerajaan bernilai hampir RM40 juta yang sepatutnya disalurkan kepada sebuah perbadanan kemahiran bagi tujuan program latihan.


Menurut laporan itu, seorang ketua eksekutif bergelar Datuk berusia 58 tahun ditahan bersama-sama setiausaha perbadanan berusia 34 tahun, penolong pegawai kewangan berumur 32 tahun dan pengarah sebuah syarikat yang bergelar doktor berusia 38 tahun di beberapa lokasi di ibu negara dalam operasi khas SPRM petang Rabu.

Pagi tadi, Mahkamah Majistret Putrajaya mengeluarkan perintah tahanan reman enam hari bermula hari ini hingga 19 Sept terhadap empat individu tersebut.
– BERNAMA

Kategori