Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

2 Wanita Trauma Dirompak...

BUKIT MERTAJAM - Dua wanita bukan sahaja kerugian ribuan ringgit malah trauma bila...

Mod Pengangkutan MRT Ubah...

KUALA LUMPUR - Projek Mass Rapid Transit (MRT) akan mengubah gaya hidup rakyat...

Hero Sebenar, Gadis Pertaruh...

SEORANG gadis yang baru berusia 17 tahun ini telah melengkapkan senarai impian atau...

Siaran Radio FM Dimansuh,...

BAYANGKANLAH generasi yang lahir selepas tahun 2000 bukan sahaja tidak pernah mendengar siaran...

Kemudahan Di Gua Ikan Akan Dibaik Pulih

KUALA KRAI – Kawasan pelancongan rekreasi Gua Ikan di Dabong di sini yang rosak dan terbiar sejak kejadian banjir besar pada 2014 akan dibaik pulih oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Kelantan Mohd Aidil Hafizi Daud berkata kawasan rekreasi itu mempunyai tarikan dan nilai komersial tinggi dalam sektor ekopelancongan.

“Tinjauan mendapati banyak kerosakan berlaku pada struktur gua akibat banjir dan ada batu gua yang runtuh selain pokok tumbang yang terbiar.

“Kawasan dinding gua juga dilihat banyak diconteng oleh pengunjung sehingga mencacatkan pemandangan dan keaslian gua itu yang menjadi tumpuan pengunjung dari dalam dan luar negara,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata pada 2008, kementerian berkenaan telah membina beberapa kemudahan seperti tandas dan surau tetapi kini semuanya rosak dan terbiar.

“Pihak kami akan mengadakan gotong-royong pada minggu depan untuk membaik pulih dan membersihkan kawasan rekreasi seperti membaiki jambatan yang rosak dan membersihkan contengan di dinding gua,” katanya.


Beliau berkata pada tahun ini, pihaknya memberi penekanan terhadap ekopelancongan dengan semua kawasan pelancongan akan dipelihara termasuk mendidik orang ramai menjaga kebersihan dan tidak membuang sampah sewenang-wenangnya di kawasan pelancongan.

Sementara itu, Setiausaha Persatuan Malim Gunung Kelantan, Bukhari Mat berkata keadaan persekitaran gua tersebut perlu dibaik pulih dengan segera agar tidak terus merugikan kerajaan Kelantan dari segi kedatangan pelancong.

“Kami sebagai malim gunung atau pemandu pelancong berharap kawasan rekreasi tersebut kembali menarik kunjungan ramai pelancong yang sukakan cabaran dan keindahan alam semula jadi,” katanya. – BERNAMA

Kategori