Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Jenazah 3 Beradik Lemas...

PASIR MAS - Jenazah tiga beradik yang lemas di Pantai Sura, Dungun, Terengganu...

Skim Jaminan Baharu SJPP...

KUALA LUMPUR - Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Bhd (SJPP) menawarkan skim jaminan kerajaan, iaitu Skim Jaminan Modal...

Scarlett Johansson & Tunang...

DALAM diam-diam rupanya pelakon simbol seks Hollywood, Scarlett Johansson disahkan telah berkahwin dengan...

Operator Kren Haram Diburu

 KUALA LUMPUR - Kemalangan maut di Bukit Bintang pada 25 Ogos lalu dilihat...

Kenduri Diteruskan Selepas Banjir Surut

KULIM – Seorang penduduk Kampung Tebuan di Mukim Sidim di sini bersyukur kerana hajatnya untuk mengadakan kenduri kesyukuran hari ini sempena memasuki rumah baharu dapat diteruskan setelah banjir yang melanda kampung itu mulai surut.

Rosmizan Abdul Razak, 34, berkata hajatnya itu hampir tidak kesampaian kerana kawasan rumahnya digenangi air separas buku lali petang semalam.

“Saya baru pindah ke rumah baru ini selepas hari raya puasa lalu dan rancang buat kenduri hari ini. Tapi tak disangka berlaku pula banjir.

“Saya sedang menyembelih lembu untuk buat kenduri ketika air mula memasuki rumah saya sekitar pukul 5 petang.

“Namun Alhamdulillah setelah keadaan semakin pulih semalam, kami teruskan juga buat kenduri hari ini sebab semua barangan kelengkapan sudah disediakan. Lagipun ramai orang sudah datang untuk kenduri, ” katanya ketika di temui Bernama.

Rosmizan berkata, beliau berpindah ke rumah baru untuk mengelak banjir yang sering melanda rumah lamanya yang terletak kira- kira tiga kilometer dari situ di Jalan Kampung Jalan Baru.


Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kulim, Leftenan (PA) Mohd Fadhil Fahmi Zaini berkata pusat pemindahan di surau Kampung Tebuan yang menempatkan mangsa banjir kilat ditutup secara rasmi pada pukul 9 pagi tadi.

Semua mangsa beransur pulang ke rumah masing-masing sebaik sahaja banjir mula surut sejak pukul 11 malam tadi.

Seramai 32 orang dari Kampung Tebuan dan Kampung Jalan Baru terjejas akibat banjir kilat itu. – BERNAMA

Kategori