Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Pelajar Nigeria Maut Tercekik...

PORT DICKSON - Seorang pelajar lelaki warga Nigeria, maut dipercayai kerana tercekik roti...

4,212 Kes Covid-19 Di...

SEOUL - Korea Selatan mencatatkan 476 kes koronavirus baharu (Covid-19) menjadikan jumlah keseluruhan...

Jutawan Britain Bebas Tuduhan...

CAPE TOWN, Afrika Selatan – Sebuah mahkamah tinggi di sini semalam membebaskan seorang...

Indikator Ekonomi Negara Tunjuk...

KUALA LUMPUR - Pertumbuhan ekonomi negara dijangka bertambah baik pada separuh kedua tahun...

Kerajaan Ambil Berat Maju Holdings Untuk Beli PLUS

PUTRAJAYA – Kerajaan mengambil berat cadangan Maju Holdings Sdn. Bhd. untuk membeli PLUS Malaysia Bhd. memandangkan aset strategik negara dikhuatiri akan jatuh kepada entiti asingsekiranya dijual kepada syarikat lain.

Mengulas mengenai perkara itu, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata terdapat beberapa cadangan yang sama namun ia telah ditolak.

“Kita tidak tahu sumber dana berkenaan, sekiranya ia merupakan pinjaman luar pesisir, kita bimbang aset negara ini akan jatuh ke tangan asing jika pinjaman itu tidak boleh dibayar,” katanya kepada pemberita di luar acara Fiesta Labur Permodalan Nasional Bhd. (PNB) 2017 di sini, hari ini.

Sebelum ini dilaporkan Maju Holdings Sdn. Bhd. membuat tawaran lebih daripada RM36 bilion untuk mengambil alih PLUS Malaysia Bhd.

PLUS dimiliki oleh UEM Group Bhd. dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

UEM Group, anak syarikat milik penuh Khazanah Nasional Bhd. memiliki 51 peratus kepentingan​​​​​​​ ekuiti dalam PLUS manakala KWSP memegang baki 49 peratus.

Bernama baru-baru ini melaporkan, jika dana persaraan itu menjual 49 peratus pegangannya dalam ​​​​​​​PLUS, kira-kira 14.5 juta pencarum mungkin akan kehilangan aliran pendapatan dividen yang kukuh.

Bagaimanapun, pencarum KWSP boleh menarik nafas lega apabila Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata institusi itu tidak mempunyai rancangan untuk menjual pegangannya dalam PLUS memandangkan ia menjana pulangan yang baik.


Terdahulu, dalam ucapannya, Johari berkata majoriti rakyat Malaysia masih mempunyai tahap celik kewangan yang rendah berdasarkan dapatan kajian Bank Negara Malaysia.

Beliau berkata, kerajaan memandangkan serius hasil dapatan kajian itu kerana tahap pengetahuan dan pengurusan kewangan yang rendah boleh membawa keburukan termasuk komitmen bebanan hutang akibat tidak berhemat dan perbelanjaan di luar kemampuan.

“Melalui Fiesta Labur ini, kerajaan berharap rakyat Malaysia akan bertambah peka terhadap amalan perancangan dan pengurusan (kewangan) yang baik,” katanya.

Fiesta Labur, selama tiga hari anjuran kali kedua oleh PNB itu bertujuan memberi manfaat kepada lebih ramai pihak terutama orang awam melalui tawaran perkhidmatan perancangan kewangan​​​​​​​secara percuma selain penyertaan dalam pelbagai aktiviti kewangan. – BERNAMA

Kategori