Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Geng Pecah Rumah Warga...

SHAH ALAM - Polis Selangor berjaya menumpaskan geng pecah rumah warga Amerika Latin...

Selepas Buku Kata-Kata, Fattah...

MESKIPUN pernah melalui pengalaman teruk dikritik atas penghasilan buku kata-katanya, nampaknya ia tidak...

Kerjaya Prospek Peroleh Kontrak...

KUALA LUMPUR – Kerjaya Prospek (M) Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Kerjaya...

KPDNKK Gesa Peniaga Lain...

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menggesa lebih...

Kerajaan Dicadang Lanjut Tempoh Cuti Bersalin Pekerja

KUALA LUMPUR – Seorang peguam mencadangkan kerajaan agar mengkaji semula tempoh cuti bersalin pekerja wanita bagi memastikan tenaga kerja berkualiti golongan berkenaan dapat diteruskan.

Peguam S.Dharmen berkata tempoh cuti bersalin selama 90 hari bagi kakitangan wanita yang bekerja di sektor kerajaan dan 60 hari bagi sektor swasta yang telah digunapakai hampir 30 tahun itu dilihat kurang relevan untuk diteruskan lagi pada masa kini.

“Kalau kita lihat di negara-negara maju seperti United Kingdom, cuti bersalin pekerja wanita lebih lama. Mereka juga menawarkan gaji penuh untuk cuti bersalin bagi enam bulan pertama, separuh gaji bagi enam bulan berikutnya dan cuti tanpa gaji selepas setahun.

“Langkah yang diambil oleh negara-negara maju itu boleh dilaksanakan di negara ini, dengan mengambil kira faktor ‘hubungan’ antara ibu dan bayi yang baru lahir,” katanya ketika ditemui Bernama selepas Konvensyen Industri Meca Ke-13, di sini hari ini.

Konvensyen yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini disertai pelbagai individu yang berlatarbelakangkan pelbagai bidang pekerjaan termasuk pengamal sumber manusia, ahli perniagaan dan pengurus syarikat.

Terdahulu, Dharmen yang merupakan salah seorang speaker dalam konvensyen berkenaan menerangkan topik berkaitan Akta Pekerja 1955.


Kata beliau, jika tempoh cuti bersalin dilanjutkan, ia sekali gus akan mengelakkan pekerja wanita berkenaan mengambil cuti berlebihan atau berhenti bekerja dengan alasan menyusu anak.

Dalam pada itu, Dharmen turut menggalakkan para majikan agar memberi kelonggaran kepada kakitangan wanita melanjutkan tempoh cuti bersalin selain menyediakan kemudahan ruangan mereka menyusu badan di bangunan-bangunan pejabat. – BERNAMA

Kategori