Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kawalan Keselamatan Negara Terletak...

PUTRAJAYA – Rakyat berperanan dalam menjamin keselamatan negara dengan memastikan mereka tidak terpengaruh...

Najib Ucap Tahniah Kepada...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada Kumpulan Wang...

Tiga Pakej Lebuhraya Pan...

PAPAR - Tiga daripada 35 pakej fasa satu projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB)...

Tok Mat, Tok Pa...

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan bekas Menteri...

Kerajaan Prihatin Kebajikan Penduduk Luar Bandar

KUALA NERUS – Pembukaan pusat hemodialisis di Kampung Maras merupakan antara bukti kesungguhan kerajaan membantu golongan pesakit yang memerlukan, terutama penduduk luar bandar seperti dalam manifesto kerajaan Barisan Nasional ketika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Roslee Daud berkata sebaik memenangi PRU13, kerajaan Terengganu tidak berlengah lagi menunaikan janji itu dengan pembukaan pusat hemodialisis di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Bukit Besi di Dungun pada April 2015.

“Sebulan selepas itu, kami buka satu lagi pusat hemodialisis di Hospital Besut dan pada Mac tahun lalu, pusat hemodialisis di Kampung Maras pula memulakan operasinya,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Ketika ini terdapat 25 mesin rawatan di tiga pusat hemodialisis sedia ada dan kerajaan negeri sedang berusaha membuka tiga lagi pusat rawatan sama di Alor Limbat, Marang; Seberang Takir, Kuala Nerus dan Hulu Terengganu.

Beliau berkata di Hospital Besut, pusat hemodialisis itu diuruskan dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) , Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) manakala di Kampung Maras (MAIDAM dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT)).

“Kejayaan kerajaan BN Terengganu merealisasikan manifesto ini membuktikan kesungguhan kami membantu golongan pesakit yang memerlukan, terutama penduduk di luar bandar.

“Kerjasama dengan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Ketengah, MBKT dan MAIDAM ini sudah dimanfaatkan seramai 111 pesakit buah pinggang setakat ini dan jumlahnya dijangka akan terus bertambah pada masa akan datang,” kata Roslee.

Seorang warga emas, Muhammad Ibrahim, 61, merupakan antara pesakit buah pinggang yang menerima manfaat kemudahan kesihatan percuma di pusat hemodialisis yang diuruskan menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bersama agensi lain itu.

“Pakcik menjalani rawatan hemodialisis secara percuma hasil bantuan yang disediakan pelbagai agensi kerajaan ini sudah empat tahun dan tiga bulan.


“Pakcik bersyukur sangat sebab rawatan ini ditanggung sepenuhnya oleh agensi kerajaan kerana jika pakcik lakukannya di pusat rawatan hemodialisis milik swasta, kos yang pakcik perlu bayar ialah RM153,000 sepanjang tempoh itu,” katanya.

Kegembiraannya bertambah apabila bermula Mac tahun lepas, pusat hemodialisis milik kerajaan memulakan operasinya di Kampung Maras dan jaraknya lebih dekat dengan rumah beliau di Tepoh berbanding perlu berulang-alik ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sebelum ini.

Perasaan sama turut dirasai Siti Mariam Musa, 36, isteri kepada pesakit buah pinggang, Mohamad Rosdan Jusoh, 42, yang menikmati kemudahan rawatan percuma itu sejak sebulan lalu.

“Mula-mula dapat tahu suami perlu jalani rawatan tiga kali seminggu, saya memang risau sangat kerana buntu memikirkan sumber kewangan kami sekeluarga yang sangat terhad. Namun apabila doktor memberitahu rawatan itu adalah percuma hasil sumbangan MAIDAM, barulah saya rasa lega.

“Bagaimanapun kami masih perlu keluarkan kos tambang teksi RM80 dan makan minum kira-kira RM20 untuk setiap sesi rawatan kerana tidak mempunyai sebarang kenderaan untuk ke pusat hemodialisis ini,” katanya yang berulang alik 70 kilometer untuk menemani suaminya menjalani rawatan itu.

Ibu kepada empat anak berusia antara 12 dan 17 tahun itu turut berterima kasih kerana menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM700 setiap bulan buat perbelanjaan mereka sekeluarga. – BERNAMA

Kategori