Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tarik Simpati Dengan Drama...

PESAWAT untuk dinaiki ke pencalonan di Langkawi disabotaj pihak tertentu kata Tun Dr...

KKM Sahkan Pasar Raya...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan bahagian barang runcit Pasar Raya Besar...

DAP, PKR Akan Bentuk...

KUALA LUMPUR - DAP mengumumkan akan bekerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan...

Justin Timberlake Sahkan Isteri...

PENYANYI Justin Timberlake mengesahkan dirinya dan isteri, pelakon Jessica Biel sedang menanti kehadiran...

Kerajaan Tidak Naikkan Cukai Untuk Dana PTPTN

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak akan menaikkan kadar cukai bagi menampung kekurangan dana pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, cara itu bukan jalan penyelesaian, sebaliknya kerajaan akan mengkaji isu itu bagi mencari jalan penyelesaiannya.

Beliau berkata masalah berkaitan kekurangan dana pinjaman PTPTN bukan hanya menjadi masalah di kalangan pelajar masyarakat India tetapi juga dialami semua kaum.

“Kami mendengar. Rakyat Malaysia tidak suka membayar cukai. Mereka hanya suka cuti umum, makanan, tapi tak suka bayar cukai lebih,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Agung MIC ke-71 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional turut memaklumkan bahawa kerajaan India mengenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak 28 peratus.

“Tolong ingat itu. Kita (di Malaysia) baru kena 6 peratus pun dan riuh-rendah bising, marah kerajaan,” katanya.


“Najib berkata peningkatan kos barangan bukanlah salah kerajaan sebaliknya tindakan peniaga menaikkan harga dan kemudian menyalahkan kerajaan atas masalah itu.

“Sebanyak 165 negara dalam dunia (melaksanakan GST), India 28 peratus. Jadi orang India Malaysia tak boleh nak complain (merungut),” katanya, sambil disambut dengan gelak tawa dan tepukan kira-kira 4,000 anggota MIC termasuk 1,500 perwakilan.

GST mula dilaksanakan di Malaysia pada 1 April 2015 bagi menggantikan cukai jualan sebanyak 10 peratus dan cukai perkhidmatan 6 peratus. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • PTPTN

Kategori