Monday, December 2, 2024

Creating liberating content

Isu Perceraian Sultan Kelantan,...

KOTA BHARU - Kerajaan negeri bimbang laporan muka hadapan sebuah akhbar Bahasa Inggeris...

Bapa Tuntut Keadilan Terhadap...

SHAH ALAM - Suasana pilu menyelubungi Mahkamah Koroner selepas bapa anggota bomba, Mohd....

22 Serpihan Ditemukan Setakat...

BINTULU - Sejumlah 22 serpihan ditemukan setakat ini di Afrika Selatan, Mozambique, Mauritius...

MH370: Status Kahwin Mangsa...

PUTRAJAYA - Status perkahwinan bagi mangsa pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 yang...

Kerana RM1, Kini Nabil Dapat RM50,000 Sebulan

SIAPA yang tidak kenal dengan pelawak Nabil Ahmad? Rasanya semua orang akan terhibur dengan celoteh dan lawak spontannya itu.

Tapi, bagaimana pula jika Nabil yang merupakan seorang pelawak berkongsi kisah tentang hal-hal agama?

Baru-baru ini tular satu video tentang perkongsian pelawak ini menerusi laman Internet. Video yang berdurasi 16 minit 21 saat itu merupakan perkongsian hidupnya daripada seorang mat despatch kini bergelar artis.

Menurut perkongsian itu, Nabil mengakui dalam masa hanya dua bulan gajinya yang dari RM600 boleh menjadi RM50,000. Haaa.. macam mana boleh jadi macam tu?

Katanya, dia percaya dengan kuasa sedekah selain tidak pernah melupakan ibu bapa walau dalam apa jua keadaan.

“Tapi satu saya tak pernah lupa. Saya tak pernah tinggalkan mak bapak saya, saya tak pernah berhenti bersedekah. Saya keluar pintu masjid ada seorang pakcik tahan saya.

“Dia minta sedekah, saya ada RM2 saya bagi RM1. Baki saya isi minyak motor. Masa tu minyak tak cukup sampai kena tolak motor. Tapi dua tiga bulan lepas tu, hidup saya terus berubah,” katanya dalam perkongsian itu.

Sebenarnya, video itu telah dirakam tiga tahun lepas, tapi baru-baru ini sahaja ia menjadi tular dan mendapat perhatian netizen.

“Kalau nak tahu video ini dirakam tiga tahun lalu, tetapi saya pelik kenapa baru sekarang ia dimuat naik ke YouTube.

Bagaimanapun, saya okey saja kerana apa yang dikongsi itu perkara baik dan bermanfaat untuk semua,” katanya dipetik laporan Harian Metro.


Bapa kepada dua orang puteri ini juga menjelaskan perkongsiannya itu adalah dari hati sekali gus menepis dakwaan yang menyatakan dia riak dan mahu menunjuk-nunjuk.

Biasalah tu, apa sahaja yang public figure buat pasti mendapat perhatian netizen, tak kiralah baik ke buruk.

“Apa yang saya kongsi ini jujur dari hati. Orang tanya jadi saya jawab. Dalam masa sama, saya mahu didik orang ramai supaya sentiasa beringat.

“Bersedekah bukan ketika kita senang saja, tetapi bila-bila masa.

“Saya beri ilmu percuma pun orang kata saya riak. Sedangkan ada yang berkongsi pengalaman dengan bayaran, tiada sesiapa pula kritik,” ujarnya.

Dalam pada itu, Nabil juga mengakui sedikit sebanyak sikap ibunya yang suka bersedekah itu turut terkena tempias kepada dirinya. Bak kata pepatah, bagaimana acuan begitulah kuihnya.

Bukan ke bagus sikap macam ini. Sekurang-kurangnya bolehlah dijadikan contoh teladan buat anak-anak kecil. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Kategori