ROM – Selama hampir 20 tahun melaksanakan kerusi roda generasi baharu, Mario Vigentini, 45, ingin merevolusikan kualiti hidup mereka dengan mencipta sebuah peranti lebih istimewa.
Ia sekali gus dapat membantu pengguna yang tidak dapat berjalan untuk bersemuka dengan mereka yang dapat berdiri secara normal. Warga Itali ini telah menarik inspirasi mereka daripada Segway – kenderaan dua roda.
Jentera itu dapat imbangi dengan sendirinya, kenderaan elektrik yang membolehkan pelawat untuk meronda di sekitar bandar tanpa perlu berjalan – dan kemudian menghasilkan ‘MarioWay’, sebuah kerusi dua roda berlutut.
Dengan ukuran kerusinya yang boleh ditinggikan secara automatik, ia membolehkan pengguna untuk melakukan apa sahaja dari memesan secawan kopi di sebuah bar atau mengambil buku dari rak yang tinggi.
Kerajaan Itali sangat kagum dan berbangga dengan hasil ciptaan untuk golongan orang kelainan upaya (OKU) tersebut dan akan dipamerkan kepada menteri-menteri pengangkutan G7 pada bulan Jun tahun depan.
Matlamatnya adalah untuk mewujudkan “alat integrasi sosial”, kata Vigentini kepada AFP di ibu pejabatnya di Bergamo. Beliau sedang bekerjasama dengan golongan muda yang mempunyai kecacatan fizikal dan mental.
Ia agar kelompok OKU berkenaan dapat merasai sendiri “pengembaraan yang luar biasa”, tetapi mungkin berasa sedikit kecewa dengan sangkaan-sangkaan buruk yang mereka hadapi selama ini.
“Ada satu masa, orang ramai mendekati mereka seperti seorang kanak-kanak,” katanya, seolah-olah mereka duduk berdekatan dengan tanah dan bersifat keanak-anakan.
Untuk ubah pemikiran seperti ini, beliau dapat satu idea “untuk cuba reka kerusi ergonomik – seperti masyarakat yang berada di negara-negara Nordik dan penuh bergaya pada dekad 1990-an – di dalam sebuah Segway.”
“Sembilan daripada sepuluh orang semasa saya menerangkan mengenai idea ini, mereka telah memandang saya seperti saya ini berasal dari planet lain pula,” kata Vigentini.
Tetapi beliau telah terpujuk untuk mengusahakan idea inivasi ini dan mengikuti sebuah pertandingan di Naples pada tahun 2012 – dan kebetulan berjaya memasuki peringkat akhir.
Vigentini kemudiannya menubuhkan sebuah pasukan untuk mengkaji ergonomik samaada dari segi penglibatan dan pembawaan oleh sekumpulan belasan orang yang kurang upaya, yang dijadikan sebagai sebahagian uji kaji mereka.
Pengguna kerusi roda tradisional diarahkan duduk untuk mengesan “organ-organ (di bahagian atas) yang telah dimampatkan”, manakala “hampir keseluruhan tekenan berat badan kelihatan dialihkan pada bahagian ischium”.
“Ia bahagian bawah dan belakang tulang pinggul. Kedudukan ini menimbulkan masalah bagi OKU dan mencetuskan masalah lain seperti; pencernaan, pernafasan, berkencing atau peredaran darah,” katanya.
Keadaan itu juga dapat mengakibatkan kerosakan otot kaki. Namun bagi pengguna ciptaan Vigentini, “bahagian atas anggota dapat diluruskan”, dengan menguatkan otot yang tidak berlaku dalam penggunaan kerusi roda tradisional.
Kerusi itu boleh bergerak sehingga 20 kilometer sejam dengan jangka hayat bateri sepanjang 30 kilometer. Ia dilengkapi dengan “sensor yang dapat membaca kedudukan atau pergerakan badan”.
Ia agar “jika saya menggerakkan bahagian atas anggota saya ini, ia akan bergerak sedikit kehadapan. MarioWay ini telah maju ke hadapan,” kata Flaviano Tarducci, pengurus pembangunan perniagaan syarikat itu.
“Pergerakkannya juga sama apabila ingin bergerak ke belakang. Manakala untuk pergi dari satu bahagian ke bahagian yang lain, anda hanya perlu menggerakan pelvis anda sedikit ke kiri atau ke kanan,” kata Vigentini.
Reka bentuk ini di mana tugas-tugas yang sangat mencabar atau sukar dilaksanakan bagi pengguna kerusi roda tradisional – seperti membuka pintu atau membawa segelas air ke meja – boleh diatasi dengan mudah.
Vigentini berharap ia dapat ubah cara pemakaian kerusi roda sebelum ini, yang masih tidak berubah selama hampir seabad. Pasukan beliau juga buat rundingan dengan sebuah firma pengubahsuaian motosikal, Harley Davidson.
Penggunaan bahan yang terdapat dalam kerusi roda ini adalah tidak murah. MarioWay telah dijual baru-baru ini dengan harga 19,300 euro, manakala kerusi roda elektrik biasa pula bernilai antara 1,500 euro dan 30,000 euro.
Tetapi Vigentini berkata beliau dan pasukannya telah “melakukan sebaik mungkin” untuk menurunkan harganya pada sekitar 10,000 euro dengan menandatangani perjanjian bersama rakan kongsi pengeluaran perindustrian.
Dan pada suatu hari beliau berharap orang normal juga akan dapat menggunakan MarioWay ini sebagai satu kenderaan persiaran di bandar-bandar – sama seperti sebuah basikal atau Segway.
Ia sekali gus boleh membantu mengubah cara sistem pengangkutan, antara mereka yang kurang upaya dan mereka yang tidak. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA