Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Polis & JKDM Kelantan...

KOTA BHARU - Polis Kelantan menubuhkan sebuah pasukan khas bersama Jabatan Kastam Diraja...

Gadis Kenyit Mata Mohon...

GARA-GARA aksi comelnya, si gadis manis ini kini telah tular menerusi page Facebook...

Suruhanjaya Tenaga Nafi Sokong...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Tenaga menafikan sokongan terhadap sebarang alat penjimatan tenaga termasuk dalam...

4 Beranak Cemas Kenderaan...

KEMAMAN - Empat sekeluarga melalui detik mencemaskan selepas kenderaan pacuan empat roda yang...

Kes Sumbang Mahram Di Sarawak Membimbangkan

KUALA LUMPUR – Kes sumbang mahram di Sarawak amat membimbangkan dan perlu ditangani segera, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Beliau berkata berdasarkan rekod, sebanyak 3,272 kes telah dilaporkan sejak 2006 hingga 2015 dan daripada jumlah itu, majoriti mangsa kes sumbang mahram adalah berumur 13 hingga 15 tahun.

“Ini bukanlah angka yang membanggakan. Keadaan ini perlu ditangani segera,” katanya dalam kenyataan hari ini sempena Program Bersaup Segulai Sejalai@LPPKN bersempena Jelajah Negaraku Keluarga Bahagia KPWKM peringkat negeri itu di Rumah Panjang Remi di Betong, Sarawak.

Menerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), kerajaan giat mengadakan pelbagai program termasuk turun padang ke sekolah-sekolah di Sarawak dalam usaha memberi kesedaran berkenaan masalah sumbang mahram antaranya menjalankan Program Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (Pekerti).

Sehingga kini, berdasarkan rekod LPPKN Sarawak, bermula 2014 hingga 2016 sebanyak 210 program tersebut telah dijalankan di sekolah-sekolah di Sarawak dengan memberi manfaat kepada 23,986 pelajar iaitu 10,235 lelaki dan 13,751 perempuan. – BERNAMA

Kategori