Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Anjing, Kucing Jadi Hidangan...

SETIAP kali festival tahunan makan daging anjing diadakan di Yulin, China, dalam bulan...

Dulu Menteri Pertahanan, Kini...

PETALING JAYA ā€“ Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu atau Mat Sabu...

Crackhouse Comedy Club Tutup...

KUALA LUMPUR : Pemilik Crackhouse Comedy Club disenarai hitam seumur hidup daripada mendaftarkan...

Malaysia, Qatar Komited Tingkat...

KUALA LUMPUR - Malaysia dan Qatar yang meraikan ulang tahun ke-44 terjalinnya hubungan...

Kesal Gegantung Aidiladha, Hari Merdeka Dirosakkan

LUMUT – Menteri Besar Perak hari ini meluahkan rasa kesal dengan perbuatan pihak tidak bertanggungjawab merosakkan gegantung ucapan Hari Kemerdekaan dan Hari Raya Aidiladha beliau yang dinaikkan di kawasan perumahan berhampiran Stadium Mini Seri Manjung di sini pada Rabu lalu.

Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir meluahkan perasaannya itu menerusi akaun Twitter rasminya dengan memuat naik gambar gegantung yang telah dirosakkan tersebut.

“Poster saya dirosakkan di Seri Manjung. Ia tak ganggu sesiapa. Empat kali repair (baiki), pasang balik. Kita tak ajar politik samseng,ā€ katanya dalam entri Twitter berkenaan.

Gegantung itu turut memaparkan gambar beliau.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Lumut, Mohd Rafiq Mohd Ghani berkata pihaknya telah menaikkan gegantung itu pada 6 petang, Rabu lalu, setelah mendapat kebenaran daripada Majlis Perbandaran Manjung (MPM).

ā€œGegantung tu jatuh pada keesokan harinya (Khamis) dan pada mulanya kami hanya menganggap gegantung itu jatuh disebabkan tiupan angin, jadi saya suruh beberapa anggota Pemuda untuk mengantungnya semula,ā€ katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Menurut Mohd Rafiq, pihaknya mengesyaki kejadian itu adalah perbuatan khianat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab setelah mendapati kejadian sama berulang dan keadaan gegantung seperti direntap.


“Dalam empat kali jugalah kami pasang semula gegantung itu. Cuma yang pelik gegantung lain yang diletakkan di situ elok sahaja tetapi gegantung kami terdapat kesan koyak seperti direntap,” katanya.

Mohd Rafiq yang juga Ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) Seri Manjung, berkata pihaknya mengambil keputusan untuk menurunkan gegantung tersebut malam tadi selepas keadaannya yang telah rosak teruk akibat perbuatan tersebut.

Kata Mohd Rafiq pihaknya tidak membuat laporan polis berhubung perkara tersebut namun berharap pihak yang melakukan perbuatan itu bersikap profesional dan mengamalkan politik secara sihat. – BERNAMA

Kategori