Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Remaja Gila Bayang Redah...

CHINA – Demi cintanya kepada seorang gadis yang hanya dikenali melalui internet, seorang...

15 Maut Gelombang Panas...

OTTAWA - Seramai 15 orang maut disebabkan komplikasi akibat gelombang panas yang melanda...

Kim Swee Gantikan 6...

KUALA LUMPUR - Jurulatih sementara skuad Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee terpaksa...

Akibat Kelaparan, Ular Tedung...

KUALA PILAH - Akibat tersalah makan biawak, seekor ular tedung merana apabila dia...

Ketiadaan Tonggak Utama Punca Kedah Kalah

ALOR SETAR – Ketiadaan beberapa tonggak utama dikenal pasti punca Kedah tewas 1-3 kepada Felda United dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Darul Aman di sini, malam tadi.

Ketua Jurulatih Kedah Mohd Nidzam Adzha Yusoff berkata kehilangan Badrol Bakhtiar, Mohd Rizal Ghazali, Khairul Helmi Johari dan Syazwan Zainol kerana kecederaan menyebabkan pemain yang bermain tidak dapat menunjukan keserasian yang baik ketika merencanakan serangan.

Lebih memburukan lagi keadaan dengan gol awal pasukan pelawat pada minit pertama disusuli pada minit ke-19 dan minit ke-48 meranapkan lagi harapan Kedah untuk memberi tentangan sekurang-kurangnya untuk merapatkan jaringan dan menaikkan moral pemain.

“Kita bermula agak perlahan sehingga 20 minit permainan barulah kita ada corak permainan, namun masa itu agak terlewat untuk kita bangkit.

“Saya nampak bukan faktor kecergasan tetapi lebih kepada tiada pemain-pemain utama di dalam padang…kebiasaannya bila mereka ada permainan lebih mantap, kita tak dapat keputusan yang sebegini,” katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan malam tadi.

Mohd Nidzam berkata walaupun tewas, ia bukan kayu pengukur kepada pertemuan suku akhir kedua Piala Malaysia bertemu Selangor pada Ahad ini.

Katanya, buat masa ini, tiada perubahan pada taktikal dan pasukan masih mengekalkan pemain-pemain yang bermain di Selayang sebelum ini (suku akhir pertama) dan berharap pemain-pemain tonggak dapat pulih dan bermain pada malam itu.

“Saya rasa pemain-pemain sudah bersedia dan faham dalam situasi perlawanan penting Ahad ini, yang mana pasukan tiada pilihan untuk beri kemenangan kepada pasukan dan peminat Kedah.


“Saya tak tahu situasi Selangor sekarang ini, tetapi jika kita lihat dari segi bermain di tempat sendiri dan bekalan jaringan satu gol yang dibawa, memungkinkan kita ada kelebihan dan rugilah jika kita tewas pada malam itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Felda Untied B. Sathianathan yang mengulas perlawanan malam tadi berkata, beliau berpuas hati dengan anak buahnya yang menunjukan prestasi cemerlang.

“Saya puji pemain saya sebab mereka main dengan baik dan memenuhi apa yang kita nak walapun kalah kepada PKNP sebelum ini…hasil latihan kuat pasukan dan mereka ikut arahan yang disampaikan, kita menang di sini bertemu pasukan yang kuat di laman mereka sendiri,” katanya.

Katanya, dengan kemenangan itu diharap moral pasukan kembali pulih untuk meneruskan baki perlawanan selepas ini. – BERNAMA

Kategori