SAN FRANCISCO – Risau akan keselamatan orang kesayangan anda selepas gagal berhubung melalui telefon selepas beberapa kali cuba?
Kini Facebook dapat membantu anda memastikan jika mereka yang tersayang “selamat” atau tidak menerusi lamannya semasa bencana atau kejadian-kejadian buruk yang lain.
Satu ciri Safety Check atau Pemeriksaan Keselamatan dikhaskan di laman Facebook yang boleh diperoleh menerusi aplikasi mudah alihnya dan versi komputer, menurut syarikat yang berpangkalan di California itu.
“Ia bantu masyarakat kita memberitahu orang tersayang bahawa mereka selamat semasa krisis, untuk cari dan hulur bantuan serta mengetahui lebih tentang sesebuah krisis,” menurut Facebook dalam satu catatan online.
“Kini ada satu tempat sahaja untuk melihat jika Pemeriksaan Keselamatan diaktifkan, mendapat maklumat yang diperlukan dan mungkin diberi bantuan kepada kawasan-kawasan yang terjejas.”
Modifikasi tersebut mula dilaksanakan mulai 21 Ogos lalu. Facebook menambah ciri Pemeriksaan Keselamatan tiga tahun lalu sebagai satu cara bagi orang ramai mendapat tahu keadaan mereka yang tersayang semasa bencana alam.
Ia diperluaskan untuk mengambil kira insiden keganasan dan keganasan besar yang lain selepas serangan ngeri yang berlaku di Paris, Perancis pada tahun 2015. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA