Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Budak Hidup Dalam Penjara...

CHINA - Hidup dalam penjara besi. Sungguhpun budak ini sakit, namun wajarkan dia...

DAP Kecewa Kes Bantah...

KUALA LUMPUR - DAP menyelar keputusan Jabatan Peguam Negara tidak mengambil tindakan lanjut...

Mangsa Banjir Di Kota...

KOTA KINABALU - Jumlah mangsa banjir di Kota Marudu menurun kepada 2,750 orang...

Nita Hamzah Kembali Setelah...

MEMILIKI raup wajah persis seorang model, Nita Hamzah, 35; ternyata telah lama menyepi dari...

Kisah NGO Berteras Hindu Dan Kebakaran Pusat Tahfiz

Hari ini, seluruh negara dikejutkan dengan tragedi sedih awal pagi yang menyaksikan puluhan pelajar dan kakitangan Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung di Kuala Lumpur menemui maut dalam keadaan yang tragis.

Ketika kejadian, azan subuh sedang berkumandang.

Jeritan anak-anak syurga yang ketakutan dapat didengari dengan amat jelas.

Namun, selepas sejenak, suara yang kerap menghafal Kalamullah itu hilang untuk selamanya dari dunia ini.

Menjelang petang, begitu banyak berita penuh kesedihan mulai kita dengar.

Antara yang paling menyayat hati dan membawa air mata ialah 3 beradik maut serentak dalam kejadian itu. Kisah anak yang mahu membantu ibubapanya masuk syurga dan macam-macam lagi.

Ya Allah…kau maha merancang …kau jua yang mengetahui hakikat di sebalik kejadian awal pagi tadi.

Selang beberapa jam selepas kejadian kebakaran, di ibu pejabat Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Petaling Jaya, diadakan satu sidang akhbar.

Ia langsung tidak ada kene mengena dengan kejadian kebakaran yang membawa air mata kesedihan kepada seluruh rakyat negara ini.

Ia dibuat beberapa pemimpin pembangkang bagi mencari kelemahan lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Amerika Syarikat.

Lebih tepat ia dibuat oleh Pengarah Strategik Bersatu, Dr Rais Hussin, Pengarah Strategik Parti Amanah Negara (Amanah), Dr Dzulkefly Ahmad, Ketua Penerangan Pakatan Harapan, Tony Pua dan Pengarah Strategik PKR, Sim Tze Tzin.

Tu dia…bersepah pengarah strategik tetapi semua takda akal. Mengapa? Teruskan membaca.

Baiklah… memang tugas pembangkang untuk mencari kesalahan kerajaan walaupun apa yang cuba dibuat itu adalah bagi faedah negara untuk jangka masa panjang.

Apa yang menyakitkan hati, di hari kita semua sedang berduka, mereka yang membuat sidang akhbar itu memilih untuk membuat lawak bodoh.

Tony Pua dan Tze Tzin memakai rambut palsu ala-ala Donald Trump. Penuh senyuman dan keceriaan di wajah mereka.

Ada dua muslim pun dalam sidang akhbar tu… tak tahu nak cakap apa…mereka pun duk tumpang gembira.

Kepada dua b@b! ni, penulis nak cakap, takda hari lain ke kau orang boleh pilih untuk buat lawak bodoh?

Kalau di negara lain, tragedi awal subuh tadi akan mengundang tindakan bersedih dan berkabung.

Ahli politik yang benar-benar kisah nasib rakyat tanpa mengira warna kulit dan agama akan mula menumpukan usaha membantu keluarga dan mangsa.

Anda pula memilih untuk buat sidang akhbar isu lain. Takpelah itu mungkin hak anda.

Tapi perlu ke tambah lawak bodoh rambut palsu dan senyum-senyum lepas telinga?

Dengan bersepahnya pakar strategik dalam sidang akhbar tu, apa seekor pun tak leh pikir jauh sikit ke…untuk hari ni tak yah la politik melampau.

Banyak itu pun tak terlintas di fikiran ke?

Cuba tengok gambar di atas…begitu seronok dan bahagia muka Tony Pua dan apek nama ala-ala komunis tu kan.

Dalam kesempatan ini, penulis nak tarik perhatian semua kepada sebuah persatuan dinamakan Persatuan Progresif India Malaysia (MIPAS).

MIPAS ni rasanya ramai yang tak kenal sangat.

Kami di Mynewshub pun kenal mereka sikit pasal selang seminggu dua ada sahaja kenyataan media akan diemail kepada kami mengkritik dan mengutuk apa yang kerajaan buat.

Bertepatan la dengan pendirian anti kerajaan mereka. Hak mereka untuk menghantar kenyataan macam mana yang mereka suka, dan hak kami untuk hendak siar atau tidak.


Yang pasti MIPAS tidak pernah menghantar kenyataan menyokong kerajaan dalam apa keadaan sekali pun.

Hari ini mereka menghantar lagi email kepada kami.

Pukul 1.33 tengah hari, email mereka masuk. Penulis masa memula sekali melihat email tu fikir…“Ni mesti nak kutuk Najib la ni…”

Hakikatnya, tidak tuan-tuan dan puan-puan pembaca Mynewshub.

Walaupun MIPAS sebuah NGO yang mungkin penuh kebencian terhadap kerajaan, hari ini mereka tak cakap politik, mereka tak cakap pasal Najib di Amalika (cara kaum kerabat Tony Pua sebut Amerika) dan sebagainya.

Penulis andaikan S.Barathidasan, Setiausaha Agungnya adalah seorang yang beragama Hindu.

Percayakah anda… MIPAS antara NGO terawal bagi kenyataan mengenai kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur.

NGO bertunjang pemimpin Hindu itu antara yang paling pantas merakamkan ucapan takziah dan berkongsi kesedihan dengan seluruh keluarga mangsa.

Dipendekan cerita, bacalah kenyataan penuh beliau;

Persatuan Progresif India Malaysia (MIPAS) merakamkan ucapan takziah dan berkongsi kesedihan dengan seluruh keluarga mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat Kuala Lumpur yang mengalami tragedi kebakaran awal pagi ini. Setakat ini dilaporkan seramai 24 orang mangsa terdiri daripada pelajar dan tenaga pengajar disahkan terkorban oleh pihak berkuasa.

Seluruh negara tentunya terkejut dan simpati dengan tragedi yang menimpa anak-anak yang sedang menuntut ilmu ini. Pastinya ia satu ujian yang sangat besar terhadap keluarga mangsa terlibat. Semoga Tuhan memberikan kekuatan serta kesabaran kepada semua yang terlibat termasuk pihak pentadbiran Pusat Tahfiz dan ahli keluarga pelajar untuk mengharungi masa yang cabar serta menyayat hati ini.

MIPAS dan seluruh rakyat Malaysia juga berdoa agar mereka yang tercedera supaya cepat pulih kepada mereka yang ditempatkan di hospital sekarang untuk rawatan. MIPAS berharap Kerajaan Malaysia, Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan dan pihak berkuasa lain untuk mempercepatkan penyiasatan dan melakukan pemeriksaan kewarasan di seluruh negara jika semua mematuhi keselamatan kebakaran dan risiko lain di Asrama.

Terima kasih,

Yang benar,
S.Barathidasan
Setiausaha Agung
Persatuan Progresif India Malaysia (MIPAS)

BARATHIDASAN

Sepatah politik atau kritikan terhadap kerajaan diaorang tak luah hari ni. Sangat berbeza email mereka kali ini.

Mereka sebaliknya hanya meluahkan rasa simpati dengan apa yang berlaku. Mengajak para ahli keluarga agar bersabar.

Penulis yakin, nada email mereka berbeza hari ini sebab mereka waras. Politik dan bantai Najib apa semua boleh tangguh esok kot.

Hari ini kita bersedih dan menangis, bukan pakai rambut palsu, buat sidang media dan senyum-senyum macam kerbau mencapai klimaks ketika buat hubungan seks.

Penulis haram tak kenal pun Barathisan atau NGO beliau.

Minggu hadapan kalau beliau hantar kenyataan bantai PM atau kerajaan hampir pasti penulis takkan siarkan.

Namun untuk hari ini, penulis puji mereka.

Berpersatuan berpolitk secara waras dan melangkaui sempadan agama dan warna kulit.

Sesuatu yang beberapa pakar strategik dan informasi bertaraf sampah saraf gagal nak faham di Petaling Jaya pagi tadi.

Oleh: Satu Hala

P/S: Barulah aku faham mengapa Dr Zul tewas kepada budak muda, Datuk Dr. Irmohizan di Kuala Selangor pada pilihan raya umum yang lalu….

Kategori