Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

2 Kontraktor Hadapi Pertuduhan...

ALOR SETAR - Dua kontraktor hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen...

PRK Port Dickson, Ujian...

PUTRAJAYA – Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) baharu, Azhar Azizan Harun, yang memulakan...

Beri Peluang Najib Pimpin...

KUALA PILAH - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak perlu diberi peluang...

WOW!! Pesawat Mendarat Depan...

PERGHH.. seakan tidak percaya pulak melihat pesawat 'terpacak' di hadapan sebuah rumah yang dikatakan...

Skim Tanaman Nanas MD2 Bagi Pekebun Kecil Diperkenal

KLUANG – Kerajaan hari ini memperkenalkan Skim Tanaman Nanas MD2 bagi pekebun kecil dalam usaha membantu pengusahanya menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM5,000 sebulan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata skim itu diberi di bawah peruntukan pembangunan sektor kecil MD2 yang berjumlah RM5 juta bagi tahun 2017/2018.

Ia bertujuan mengupayakan golongan pekebun kecil agar mereka mampu menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM5,000 sebulan.

Katanya, dengan peluang pasaran MD2 yang meluas lebih-lebih lagi di negara seperti China, Singapura, Jepun, Korea Selatan dan beberapa negara di Timur Tengah, pekebun kecil harus berani melakukan tranformasi.

Tambahan pula , pada Mei lepas, beliau juga telah menandatangi Protokol Keperluan Fitosanitasi Nanas dengan Menteri Penyeliaan Kualiti, Pemeriksaan dan Quarantin China, Zhi Shuping bagi membolehkan Malaysia mengeksport sebanyak 12,000 tan metrik nanas setahun ke negara itu.

“Dengan pembukaan pasaran China ini, nilai eksport nanas negara dijangka meningkat kepada RM360 juta pada 2020,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada media pada Majlis Ramah Mesra bersama Kelompok Pengusaha Nanas Negeri Johor di Pusat Pengumpulan Nanas Kelompok Parit Ghani, Simpang Renggam, hari ini.

Justeru itu, katanya untuk memohon skim terbabit, pekebun perlu memiliki keluasan tanah minimum 1.2 hektar dan empat hektar (maksimum), serta berdaftar dengan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM).

Apabila permohonan diluluskan, mereka akan memperolehi bantuan minimum sebanyak RM30,000 dan maksimum RM60,000 dengan jangkaan skim itu memberi manfaat kepada 250 orang peserta melibatkan keluasan tanaman MD2 sebanyak 300 hektar, katanya.

Turut hadir majlis terbabit ialah Pengerusi LPNM Datuk Samsolbari Jamali dan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor, Ismail Mohamed. – BERNAMA

Kategori