Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kesal Ibu Bapa Beri...

KUALA LUMPUR - Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin...

Habiskan RM1,200 Bedah Ikan...

LONDON - Gara-gara terlalu sayangkan ikan emas peliharaannya, seorang lelaki sanggup berhabiskan £200...

Menteri Luar Korea Selatan...

PUTRAJAYA, 19 (Bernama) -- Menteri Luar Korea Selatan Kang Kyung-wha akan melakukan lawatan...

JAIM Kuat Kuasa Undang-Undang...

MELAKA - Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) sedang menguatkuasakan undang-undang di bawah Seksyen...

Komited Bantu Sabah Tarik Pelancong China – TPM

LAHAD DATU – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan persekutuan amat komited untuk membantu Sabah menjayakan rancangan negeri berkenaan untuk menarik satu juta pelancong dari negara China.

Justeru katanya kerajaan melalui Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) sentiasa membuat analisis komprehensif terhadap tahap keselamatan di Zon Selamat Pantai Timur Sabah (Esszone) bagi memastikan kawasan berkenaan sentiasa selamat dikunjungi pelancong.

Katanya pada masa ini situasi keselamatan di Esszone berada pada tahap sangat baik hasil komitmen dan usaha semua pasukan keselamatan iaitu Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

“Ketua Menteri Sabah (Tan Sri Musa Aman) bersama Setiausaha Kerajaan Negeri (Tan Sri Sukarti Wakiman) dan seluruh jentera kerajaan negeri mempunyai rancangan jangka panjang untuk menggamit satu juta pelancong dari China.

“Tentunya tahap keselamatan menjadi keutamaan untuk minta pelancong datang ke Sabah yang menawarkan produk pelancongan alam semula jadi termasuk kawasan pantai, hutan tropika dan pulau-pulaunya.

​​​​​​​”Jadi peranan Esscom, dibantu oleh pelbagai agensi penguat kuasa ialah melakukan kawalan tahap pertama bagi menentukan keselamatan semua destinasi pelancongan,” katanya kepada pemberita selepas beliau dan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman mempengerusikan bersama Mesyuarat Lembaga Penasihat Esszone di sini hari ini.

Turut hadir dalam mesyuarat berkenaan ialah Ketua Pengarah Keselamatan Negara Jen (B) Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Tan Sri Sukarti Wakiman, Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia Lt Jen Datuk Abdul Halim Jalal, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, Laksamana Maritim Datuk Indera Zulkifili Abu Bakar, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din dan Komander Esscom Datuk Hazani Ghazali.


Untuk tujuan berkenaan juga, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata perintah berkurung di kawasan Esszone akan diteruskan sehingga pihak keselamatan yakin sepenuhnya dengan tahap keselamatan di kawasan berkenaan.

Ahmad Zahid yang juga pengerusi Jawatankuasa Kabinet mengenai pelancongan berkata bentuk sokongan lain yang diberikan kerajaan untuk galakan pelancong China datang ke negara ini, tidak terkecuali Sabah, termasuk memberikan beberapa kemudahan seperti e-visa dan e-entry untuk pelancong dari negara itu terutamanya pada musim ‘golden holiday period’.

Menurutnya bentuk sokongan lain ialah kerajaan dengan kerjasama beberapa syarikat penerbangan tambang murah membawa pelancong dari ‘second tier city’ di negara China terus ke destinasi pelancongan menarik di Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau. – BERNAMA

Kategori