Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

APMM Selamatkan 2 Beranak...

GEORGE TOWN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 2 Pulau Pinang...

Tumpu Pelaburan Domestik Kesan...

KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata langkah yang telah diperkenalkan dalam...

Hanya Sejuta Umat Islam...

Kuala Lumpur : Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi (MoHU) mengumumkan jumlah jemaah...

MOF Setuju Skim Baucar...

PUTRAJAYA - Kementerian Kewangan telah bersetuju dengan saranan supaya skim bantuan baucar buku...

Geran RM1 Juta Kepada Koperasi Felcra Lubuk Sireh

PADANG BESAR – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) memberi geran bantuan RM1 juta kepada Koperasi Peserta-Peserta Rancangan Felcra Lubuk Sireh Berhad di sini untuk membolehkan koperasi terbabit melaksanakan projek hotel bajet di bawah Program Desa Lestari.

Timbalan Menteri KKLW Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata projek itu merupakan projek perintis yang dijangka akan mula beroperasi Disember depan di Unicity Alam, Sungai Chuchoh di sini.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas membuat lawatan ke tapak hotel berkenaan hari ini sebagai satu daripada acara lawatan kerjanya di Perlis.

Sebelum itu Ahmad Jazlan mendengar taklimat mengenai perjalanan projek hotel berkenaan oleh Pengerusi Koperasi Ahmad@Azmi Suboh.

Beliau memberitahu bahawa hampir RM500,000 geran yang diberi digunakan untuk kerja pengubahsuaian 23 bilik hotel, hampir RM300,000 bagi kerja hiasan dalaman bilik dan hotel, pembelian perabot dan peralatan kafeteria, RM116,500 untuk membeli sebuah van yang akan disewa kepada pelancong dan baki pembiayaan kos latihan dan kursus kakitangan.

Beliau yakin hotel berkenaan akan mendapat sambutan memberangsangkan daripada orang ramai memandangkan kadar sewanya yang murah, tidak melebihi RM100 semalam.

Semasa melawat projek Felcra Lubuk Sireh di kawasan berhampiran, timbalan menteri itu memberi jaminan akan berbincang dengan kerajaan negeri bagi membolehkan peserta projek tersebut menanam semula pokok getah yang sudah berusia lebih tiga puluh tahun.


Projek Felcra itu mempunyai 2,137 penduduk dengan jumlah peserta sebanyak 376 keluarga mengusahakan projek tanaman getah.

Sempena lawatan itu, Ahmad Jazlan turut melawat lima buah rumah penduduk uzur dalam kawasan projek serta menyampaikan sedikit bantuan berupa makanan dan kemudian menyertai kenduri rakyat di Dewan Felcra Lubuk Sireh.

Sebelum itu, beliau bersama Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man menyertai program gotong-royong membaiki rumah seorang ibu tunggal di Kampung Kolam di sini, Mah Che Aim, 85.

Bercakap kepada pemberita di situ, beliau memberitahu bahawa KKLW meluluskan peruntukan sebanyak RM780,000 bagi membaiki rumah penduduk seluruh Perlis tahun ini serta meluluskan peruntukan membina sebuah dewan terbuka di Kampung Kolam. – BERNAMA

Kategori