Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Al-Fatihah, Tan Sri Jins...

SENIMAN legenda, Tan Sri Dr. Jins Shamsuddin, 81, meninggal dunia di sebuah klinik...

Tuntutan RM1.69 Bilion LHDN...

BANGI – Dakwaan hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen sekiranya gagal membayar tunggakan cukai...

Suhakam Ingatkan Kesan Siasatan...

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) memberi amaran, langkah pihak berkuasa antirasuah menyiasat...

5 Kru Bot Tempur...

KOTA KINABALU - Selepas lebih 72 jam berdepan ombak kuat dan cuaca buruk...

Komited Hapuskan Pemerdagangan Manusia

KUALA LUMPUR – Malaysia kekal komited dan meletak keutamaan paling tinggi dalam menghapuskan kegiatan perburuhan paksa, perhambaan moden dan pemerdagangan manusia menjelang 2030, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

“Kami mempunyai undang-undang nasional yang cukup dalam hubungan ini, terutamanya Kanun Keseksaan dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.

“Berikutan langkah memperketatkan undang-undang kami pada 2015, jumlah pendakwaan dan sabitan semakin meningkat dengan ketara. Sejak 2016, pihak berkuasa kami telah menyediakan ruang bagi mangsa pemerdagangan manusia dengan kebebasan untuk bergerak dan diambil bekerja,” katanya.

Anifah berkata demikian ketika menyampaikan kenyataan Malaysia pada forum ‘Pemimpin Peringkat Tertinggi: Gesaan Bagi Tindakan Untuk Menamatkan Perburuhan Paksa, Perhambaan Moden dan Pemerdagangan Manusia’ yang berlangsung di New York.

Beliau menegaskan bahawa dalam memastikan respons negara yang padu dan diselaraskan dengan baik, timbalan perdana menteri Malaysia mempengerusikan Jawatankuasa Peringkat Tertinggi Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran sejak 2015.

Menteri Luar berkata selain itu, usaha Malaysia dipandu oleh Pelan Tindakan Kebangsaan Antipemerdagangan Orang (2016-2020), sebagai susulan kepada pelan pertama yang merangkumi tempoh 2011-2015.

“Pelaksanaan Pelan Tindakan Kebangsaan ini diselia oleh lima prinsip panduan iaitu tanggungjawab kerajaan; penyertaan masyarakat sivil; layanan terhadap mangsa berdasarkan hak asasi manusia; koordinasi di kalangan pelbagai agensi di peringkat kerajaan dan dengan pertubuhan antarabangsa serta badan bukan kerajaan; dan akhirnya; penilaian sistematik dan ketahanan,” katanya.

Anifah menarik perhatian bahawa Malaysia mengiktiraf pemusatan kerjasama serantau dan antarabangsa dalam memerangi jenayah yang amat kejam ini.


Beliau berkata Malaysia telah mengesahkan Konvensyen ASEAN 2015 terhadap Pemerdagangan Orang, Terutamanya Wanita dan Kanak-kanak (ACTIP) pada 7 Sept 2017, justeru Malaysia merupakan anggota aktif dalam Proses Bali mengenai Penyeludupan Manusia, Pemerdagangan Orang dan Jenayah Rentas Sempadan, yang memulakan mekanisme dan aturan serantau dalam menangani jenayah itu.

Menyentuh tentang cabaran, Anifah menegaskan adalah nyata bahawa penyelesaian kepada isu rumit yang dihadapi hari ini memerlukan tanggungjawab bersama, bukan hanya oleh Negara, tetapi juga oleh pemegang taruh yang lain, terutamanya masyarakat sivil dan sektor swasta.

“Dalam hubungan ini, delegasi saya berpandangan bahawa segala langkah yang digariskan di dalam dokumen ‘Call to Action’ yang dikemukakan kepada kita hari ini menjadi suatu asas yang sangat baik dalam memacu langkah ke hadapan, terutamanya ke arah mencapai matlamat 8.7 di bawah Agenda 2030.

“Sehubungan itu, ayuh kita berikrar dan persiapkan diri kita untuk bertindak, dan bertindak dengan penuh ketegasan,” katanya.

Anifah berkata Malaysia berdiri teguh dengan semua negara dalam usaha bersama untuk menghapuskan jenayah perburuhan paksa, perhambaan moden dan pemerdagangan manusia. – BERNAMA

Kategori