Thursday, January 30, 2025

Creating liberating content

Siasat Papan Iklan Tuduh...

KUALA KANGSAR - PAS hari ini meminta polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)...

Piala Dunia: Perancis Terus...

GAH... Perancis mengesahkan tiket ke peringkat kalah mati selaku juara Kumpulan C selepas...

Timbalan KP Jakoa Dituduh...

KUALA LUMPUR - Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (Jakor),...

Ujian Air Kencing Pegawai...

IPOH - Sampel ujian air kencing pegawai kanan polis yang ditahan berhubung kes...

Komunikasi Kunci Pulih Keyakinan Antarabangsa

KOTA KINABALU – Komunikasi berkesan adalah kunci kepada usaha kerajaan Sabah untuk memulihkan kembali keyakinan masyarakat antarabangsa mengenai keselamatan negeri ini, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun.

Beliau berkata tragedi yang menimpa Sabah pada tahun-tahun kebelakangan ini, seperti pencerobohan Lahad Datu pada 2013, gempa bumi pada 2015 serta siri penculikan di bahagian pantai timur negeri itu, telah mendorong kerajaan negeri untuk berfikir dengan pantas dalam menghadapi persepsi negatif terhadap industri pelancongan negeri.

“Kami (kerajaan negeri) perlu memberi keyakinan kepada dunia bahawa Sabah adalah selamat dan menawarkan pelbagai tarikan serta lokasi yang menarik untuk dikunjungi dan Sabah bukan hanya berkisar mengenai insiden pencerobohan, yang hanya melibatkan sebuah kampung kecil di kawasan terpencil di Lahad Datu,” katanya ketika berucap pada Kongres Global Royal Institution ke-11 di sini hari ini.

Pada Februari 2013, sekumpulan lelaki bersenjata menyerbu Kampung Tanduo, Lahad Datu di pantai timur Sabah, yang membawa kepada beberapa pertempuran berdarah dengan anggota keselamatan dalam usaha untuk mengusir penceroboh itu dari Sabah.

Susulan serangan mendadak itu, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) ditubuhkan di Lahad Datu untuk menghalang kemungkinan pencerobohan oleh kumpulan bersenjata asing ke negeri itu, serta menangani kejadian penculikan untuk keganasan, terutama kalangan pelancong di pantai timur Sabah.


Pada 5 Jun 2015, Sabah digegarkan gempa bumi dengan kekuatan 5.9 pada skala Richter yang mengorbankan 18 orang ketika mendaki Gunung Kinabalu. – BERNAMA

Kategori