Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Sembilan Rumah Setinggan Hangus...

KUALA LUMPUR - Sembilan rumah setinggan musnah dalam satu kebakaran di Jalan Kubur,...

Harga Petrol Naik 1...

PUTRAJAYA – Harga runcit siling bahan bakar ditetapkan secara mingguan mulai 30 Mac...

Tebing Tanah Runtuh Kejadian...

NILAI: Beberapa penduduk di Rumah Rakyat Batang Benar, di sini menyifatkan kejadian hakisan...

220 Anggota Parlimen Angkat...

KUALA LUMPUR – Seramai 220 daripada keseluruhan 222 orang anggota Dewan Rakyat mengangkat...

Komuniti PERWANI 1Malaysia Dilancar Di Washington DC

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hari ini melancarkan Komuniti PERWANI 1Malaysia Amerika Syarikat (Amerika) yang dianggotai 20 perwakilan wanita dan isteri perwakilan Malaysia di Washington DC.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata Komuniti PERWANI 1Malaysia Washington DC adalah Komuniti PERWANI yang keempat di luar negara selepas di London, United Kingdom, Paris, Perancis dan Melbourne, Australia.

Menurut Rohani, Komuniti PERWANI 1Malaysia Washington DC berperanan membantu mempromosi dan meningkatkan nama baik Malaysia dalam pelbagai aspek dengan mengadakan atau menyertai program kepimpinan, kesukarelawanan, keusahawanan, pendidikan dan juga kesukanan yang akan dianjurkan dari semasa ke semasa.

“Sejak PERWANI diperkenalkan pada tahun 2013 sehingga September 2017, sebanyak 13,183 kumpulan PERWANI telah ditubuhkan di seluruh negara dan luar negara dengan keanggotaan seramai 172,309 orang wanita rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dengan setiap kumpulan terdiri daripada 10 hingga 20 orang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ketika berucap pada majlis pelancarannya, Rohani berkata keanggotaan pertubuhan itu di Washington DC diharap dapat ditambah, terutama kalangan belia dan pelajar untuk memupuk sifat kesukarelawan dan memberi peluang kepada golongan itu bertindak sebagai ejen transformasi di peringkat komuniti walaupun berada jauh di perantauan.

Pada majlis itu, Rohani turut berkongsi maklumat mengenai Akta Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2017 dan isu kesalahan seksual terhadap kanak-kanak bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan komuniti yang menetap di luar negara.

Rohani merupakan antara anggota delegasi lawatan kerja selama tiga hari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Amerika bermula semalam (Isnin).


Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Amerika semalam, disambut Duta Besar Malaysia ke Amerika, Tan Sri Dr Zulhasnan Rafique di Joint Base Andrews di Maryland.

Najib akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Donald J. Trump pada 12 Sept di White House.

Pertemuan itu diadakan atas undangan Trump bersempena sambutan ulang tahun ke-60 terjalinnya hubungan dua hala antara Malaysia dan Amerika. – BERNAMA

Kategori