Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Pemuda Vs Wira Perkasa,...

JIKA sebelum ini Ketua Wira Perkasa Malaysia Irwan Fahmi Ideris muncul dengan kenyataan menyelar...

SMK Langkawi Wakili Malaysia...

LANGKAWI - Sekolah Menengah Kebangsaan Langkawi Pulau Tuba dipilih mewakili Malaysia ke pertandingan...

Mayat Berulat Ditemui Dalam...

IPOH - Mayat seorang lelaki ditemui berbau busuk dan berulat dalam kereta jenis...

Suami Kutip Cebisan Daging...

SUAMI mana yang tak sedih bila melihat cebisan daging si isteri berterabur di...

Korea Utara Mahu Setanding AS

SEOUL Korea Utara berhasrat mencapai ‘keseimbangan’ kekuatan tentera dengan Amerika Syarikat (AS), kata agensi negara itu.

Kenyataan dikeluarkan sehari selepas pemimpinnya, Kim Jong-Un, mengarahkan ujian peluru berpandu jarak sederhana dan jauh, Hwasong-12, yang terbang melepasi Jepun sebelum jatuh ke dalam Lautan Pasifik.

“Matlamat utama kami adalah memastikan keseimbangan tentera dengan AS dan menjadikan negara itu takut bercakap mengenai pilihan ketenteraan terhadap Korea Utara,” Kim dipetik sebagai berkata dalam laporan itu.

Pyongyang menembak peluru berpandu kedua ke arah Jepun dalam masa tidak sampai sebulan semalam, memaksa AS menyatakan ia mempunyai pilihan tindakan ketenteraan ke atas Korea Utara.

Kenyataan AS itu jelas menunjukkan tahap kesabaran untuk melaksanakan misi diplomatik dengan Korea Utara, semakin menipis. – REUTERS/BH ONLINE

Kategori