Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Ungkapan ‘Bangsa Johor’, Rasa...

SUDAH menjadi ikutan terkini apabila anak kelahiran Johor akan menggelarkan diri mereka sebagai...

Lebih 1.6 Hektar Kawasan...

IPOH - Lebih 1.6 hektar kawasan pelupusan sampah di Kampung Penderas, Slim River...

Kutipan Zakat 2013 Cecah...

KUALA LUMPUR - Kutipan keseluruhan zakat bagi 2013 mencecah RM2.2 bilion, meningkat daripada...

Banjir: JKM Buka Pusat...

PUTRAJAYA – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat...

KPWKM Lapor Polis, MCMC Video ‘Kitar Semula’ Tular

PUTRAJAYA – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung penularan video ‘kitar semula’ di media sosial yang mendakwa rumah kebajikan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengabaikan penghuninya.

Menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata video “Suara anak tong sampah” berdurasi kira-kira 15 minit yang tular sejak 21 September lalu merupakan sebuah video lama yang tersebar sejak 2012 oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Beliau turut menegaskan bahawa dakwaan lelaki yang merupakan bekas penghuni rumah kebajikan dalam video tersebut adalah tidak benar sekali.

“Pihak kementerian telah mengadakan pertemuan dengan individu dalam video berkenaan untuk mendapatkan penjelasan lanjut. Dia mengaku yang dia dibayar untuk itu.

“Perkara itu sudah selesai pada tahun 2012. Namun, pihak yang tidak bertanggungjawab mula mengitar semula video lama untuk mempolitikkan isu berkenaan dan menjejaskan imej kementerian dan JKM,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.


Menurut Rohani, individu dalam video berkenaan yang kini berusia 30 tahun ‘diburu’ pihak tidak bertanggungjawab untuk menerbitkan video baharu.

“Beliau telah insaf dan berubah. Jangan ganggu beliau lagi,” katanya. – BERNAMA

Kategori