JENAMA dUCk Scarves bukan lah satu jenama yang asing lagi dalam dunia fesyen tempatan kita. Malah, tudung berjenama dUCk ini boleh dikategorikan sebagai kebanggan oleh pemiliknya sendiri selepas FashionValet, iaitu Vivy Sofinas Yusof atau lebih dikenali sebagai Vivy Yusof.
Pada 2 September yang lepas, Vivy baru saja membuka sebuah kedia kosmetik di bawah jenama dUCk Cosmetics yang bertempat di Pavilion Kuala Lumpur.
Baca: dUCk Cosmetics ‘Baby’ Baharu Vivy Yusof
Kalau anda merupakan peminat setia dUCk scarves, mesti anda tahu kisah disebalik new collection scarf ni. Kalau dulu ramai kaum wanita yang sanggup beratur dan berhabis duit demi mendapatkan collection The Swarovski KL dUCk. Mana taknya, collection ni dijual dengan harga RM800 kerana kemewahan batu swarovski yang dihiaskan di atas tudung ni.
Empat hari yang lalu, Vivy baru saja melancarkan collection The Yummy dUCk! Ada yang unik disebalik nama collection kali ni. Yang pertama ialah Seri Muka Yummy dUCk, Kuih Koci Yummy dUCk dan Kuih Lapis Yummy dUCk. Kenapa macam nama kuih je ni kan?
Sebenarnya disebalik nama tudung kali ni diambil daripada tiga orang penjual kuih yang telah berjaya ‘mencuri hati’ D. Mereka tu iaitu Uncle Lee, penjual kuih seri muka, Makcik Rahmah, penjual kuih lapis dan Uncle Peter, penjual kuih koci.
D merupakan salah seorang orang kuat The dUCk Group. Tapi masih tiada siapa yang tahu siapa sebenarnya D ni. Misteri gituew… Ternyata D merupakan seorang individu yang bertanggungjawab untuk memberi idea tentang semua collection dUCk scarves.
“Malaysians are full of unsung heroes and one of them are the stall owners selling our traditional desserts. I needed to dedicate a dUCk in their honour and what better timing than in conjunction with Malaysia Day. So here it went, the start of it all,” kata D di posting akaun Instagram milik The dUCk Group.
Sebenarnya collection kali ni adalah usahasama bagi meraikan Hari Malaysia pada 16 September ini. Jadi sebab tu lah mereka memilih untuk menjadikan nama kuih tradisional ini sebagai nama tudung kali ni!
Kreatif kan! Tapi yang lagi bestnya, corak tudung ni ialah corak geometri dan kalau diperhatikan betul-betul, anda akan nampak bentuk kuih tersebut dekat setiap tudung. Menarik kan!
Apa yang lagi bestnya, kalau anda beli salah satu daripada tudung ni, anda akan dapat resepi kuih tau! Termasuk juga sekeping nota ‘cinta’ daripada D.
Mungkin sebab tu lah kenapa setiap collection yang dikeluarkan oleh dUCk scarves ni harga semuanya agak tinggi. Perah otak tau nak fikir corak yang nak dibuat. D juga sering memuat naik resepi kuih koci, kuih lapis dan seri muka di akaun Instagram The dUCk Group. Anda pun boleh belajar juga cara nak buat kuih kan.
Bukan setakat lukis lukis macam tu je. Setiap collection mesti ada kisah disebaliknya.
Kalau ada yang berkenan, boleh lah try beli sehelai tudung dUCk ni. Atau pun anda boleh beli barang kosmetik ke kan. Merasa lah jugak kata orang tu. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah