COPENHAGEN – Terminal 2 Lapangan Terbang Copenhagen Denmark ditutup Selasa dan pihak polis dilaporkan berada di terminal berkenaan, menurut pengumuman yang dimuat naik menerusi Twitter.
Bagaimanapun, punca penutupan terminal berkenaan tidak dimaklumkan, lapor agensi berita China Xinhua.
Pejabat Media lapangan terbang mengesahkan penutupan itu dan menasihatkan semua pelancong mematuhi arahan polis serta anggota keselamatan.
Polis Copenhagen enggan mendedahkan apa yang berlaku dan berapa lama ia akan ditutup.
Lapangan terbang paling sibuk di Scandinavia itu mengendalikan lebih 29 juta penumpang pada 2016 menerusi dua terminalnya. – BERNAMA