KUALA LUMPUR – Pemimpin Pakatan Harapan memberi beberapa contoh yang menunjukkkan nilai-nilai Talibanisasi sedang meresapi Malaysia.
Pertama kewujudan sebuah kedai dobi layan diri untuk umat Islam sahaja di Muar, Johor bagi mengelakkan najis mughallazah (babi dan anjing).
Baca: Dobi ‘Muslim Sahaja’ Cetus Kontroversi
Kedua, pengharaman pesta arak The Better Beer Festival 2017 di Kuala Lumpur oleh pihak berkuasa negara ini.
Pemimpin Pakatan Harapan daripada DAP, Lim Kit Siang berkata, perkembangan berkenaan sepatutnya menjadi kebimbangan utama negara waktu ini.
“Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin sendiri berkata dobi hanya umat Islam bukan ajaran Islam.
“Putera Johor, Tunku Idris Sultan Ibrahim juga menyuarakan kebimbangan yang sama semalam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kit Siang dalam pada itu seolah-olah menyalahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diatas perkara itu.
“Apa yang dilakukan Najib untuk menarik balik Malaysia dari trajektori Talibanisasi yang melanggar prinsip-prinsip asas pembinaan Malaysia,” katanya. – MYNEWSHUB.CC