Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Kerajaan, Pembangkang Tukar Komposisi...

KUALA LUMPUR - Kerajaan dan pembangkang bersetuju untuk menukar komposisi semua Jawatankuasa Pilihan...

Pasangan Suami Isteri Di...

JOHOR BAHRU - Pasangan suami isteri yang dijangkiti virus Zika di negeri ini,...

1,047 Individu Didakwa Kes...

KUALA LUMPUR - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) merekodkan sebanyak 1,047 tangkapan melibatkan orang...

Sila Berhati-Hati… Taktik Baru...

BARU-baru ini sebuah rakaman video seorang lelaki menceritakan pengalamannya ditipu oleh pembeli yang...

Legenda Belanda Ruud Gullit Dikutuk Siar Pemain Bogel

THE HAGUE – Penolong jurulatih Belanda, Ruud Gullit berasa kesal selepas cetus kontroversi dengan menyiarkan klip video keadaan bilik persalinan pasukannya menerusi media sosial.

Bekas legenda skuad Oranje era 1990-an itu dikritik hebat selepas memuat turun video selama 15 saat melalui akaun Twitter miliknya, susulan kemenangan 3-1 ke atas Bulgaria dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2018, semalam.

Klip eksklusif yang dimuat turun tanpa kebenaran itu memaparkan para pemain – sebilangan besar tanpa baju – dengan Gullit turut berkata: “Kemenangan untuk hari ini, 3-1 menentang Bulgaria, satu perlawanan yang hebat.”

Tetapi kicauan beliau yang baru menyambut hari lahir ke-55 tahun pada 1 September lalu itu menerima cemuhan ramai netizen dan ketua jurulatih Belanda, Dick Advocaat tidak terkecuali apabila menyifatkannya sebagai ‘pelik’.

Ruud Gullit (kanan) dan Dick Advocaat.

Malah, beberapa pengulas sukan di Belanda berkata bahawa suasana bilik persalinan skuad kebangsaan sepatutnya tidak boleh dikongsi dengan orang ramai apatah lagi diketahui pihak lawan walau atas apa tujuan sekali pun.

Bekas pemain tengah yang membawa Belanda menjuarai Piala UEFA pada 1988 dan dinobatkan sebagai penerima anugerah pemain terbaik dunia Ballon d’Or pada 1987 itu bagaimanapun meluahkan kekesalan ekoran kes tersebut.


“Saya memuat naik klip itu kerana terlalu berasa teruja selepas menang. Sepatutnya saya lebih berhati-hati,” kata Gullit yang mula bermain sejak 1967 dan pernah menjadi pemain untuk beberapa kelab terkemuka di Eropah.

Advocaat yang dilihat kurang senang dengan tindakan pembantunya itu ketika dihubungi agensi berita tempatan NOS namun berkata: “Saya sudah bercakap dengan Gullit mengenai isu terbabit.”  Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori