Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pelaburan Di NCER Bukti...

KUALA LUMPUR - Pelaburan bernilai RM16 bilion di Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER)...

PBT Jangan Tunggu Aduan...

KUALA LUMPUR – Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) digesa untuk lebih proaktif dalam...

Tindakan Pecat Muhyiddin, Mukhriz...

JOHOR BAHARU - Tindakan memecat Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin dan...

Naik Uber Percuma Untuk...

KUALA LUMPUR - Dalam tempoh beberapa bulan ini, pengguna pascabayar dan prabayar Celcom...

Lelaki Kejutkan Ramai, Bawa Kepala Kanak-Kanak

KEMATIAN yang tragis. Seorang lelaki yang baru dibebaskan daripada hospital sakit mental telah membunuh dan memenggal kepala seorang kanak-kanak perempuan berusia 18 bulan. Dia kemudiannya membawa kepala itu ke jalan raya.

Mikhail Elinsky, 42, sebelum ini dimasukkan ke hospital mental selepas membunuh seorang wanita, enam tahun lalu.

Sebaik dibebaskan, Elinsky menyerang kanak-kanak berkenaan di rumahnya di Rusia. Elinsky turut menikam ibu kanak-kanak tersebut yang juga anak saudaranya.

Elinsky kemudiannya membawa pisau dan kepala kanak-kanak terbabit ke jalan raya dan dia ditembak oleh polis kerana enggan menyerah diri.

Lelaki itu akhirnya meninggal dunia di hospital manakala anak saudaranya mengalami kecederaan di perut akibat ditikam.

Wanita itu kini sedang meratapi kematian anak perempuannya itu.


“Kami mahu keluar rumah ketika itu dan anak saya diletakkan di atas kereta sorong. Dia kemudiannya menarik anak saya dan membawanya ke dapur.

“Dia telah menutup pintu dan mula memotong anak saya. Saya cuba menghalang tetapi telah ditikam di perut,” kata wanita tersebut.

Elinsky telah disahkan menghidap schizophrenia selepas membunuh seorang wanita, enam tahun lalu. Susulan itu hakim telah mengarahkannya dihantar ke hospital sakit mental yang mempunyai kawalan ketat untuk rawatan.

Bagaimanapun Elinsky telah dibebaskan selepas didakwa semakin sihat. – MYNEWSHUB.CC

Kategori