Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Sultan Kedah Rasmi Masjid...

BALING - Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah hari ini berkenan berangkat...

‘Nur Alert’ Sebar Info...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini melancarkan sistem amaran awal...

BN Dan GPS Untuk...

Kajang : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan dua jawatan Timbalan Perdana...

Kadar Bayaran Lesen Memandu...

KUALA LUMPUR - Kadar bayaran bagi mendapatkan lesen memandu kereta dan motosikal kekal...

LHDN Tak Simpan Maklumat Kaum, Agama, Politik

KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa tindakan penguatkuasaan yang dijalankan agensi itu bertujuan melemahkan sumber kewangan kumpulan politik tertentu.

LHDN berkata, seperti amalan negara lain, sistem pemilihan kes untuk tindakan penguatkuasaan LHDN adalah berdasarkan kriteria daripada sudut kegagalan mematuhi perundangan percukaian semata-mata.

“LHDN tidak menyimpan maklumat kaum, agama apatah lagi kecenderungan politik individu di dalam pangkalan datanya kerana maklumat sebegini tidak membantu penilaian risiko sesuatu kes,” jelas LHDN dalam satu kenyataan media hari ini.

Pada masa sama, kata LHDN, maklumat individu atau syarikat yang dikenakan tindakan audit dan siasatan juga tidak didedahkan oleh LHDN kerana tertakluk kepada peruntukan kerahsiaan. -MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • LHDN

Kategori