Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Sultan Selangor Berkenan Rasmi...

TANJUNG KARANG - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan merasmikan...

APMM Paling Berintegriti Tolak,...

PUTRAJAYA - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) merupakan antara badan penguatkuasa yang paling...

Selangor Gagal Halang SPR...

PUTRAJAYA — Kerajaan Selangor gagal dalam permohonan untuk menghalang Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) daripada...

10 Cedera Dalam Kemalangan...

JASIN - Sepuluh orang dilaporkan cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan...

Lihatlah Wajah Sebenar Sungai Bunus

KUALA LUMPUR – Pagi Ahad 10 Sept, hujan sungguh lebat, namun bagi 30 peserta eksplorasi berjalan kaki menjejak Sungai Bunus, misi yang sudah ditetapkan perlu diteruskan.

Sungai sepanjang 9.2 km itu sudah sekian lama tidak dipedulikan oleh warga kota terutamanya masyarakat setempat.

Peserta eksplorasi terdiri daripada Badan Bukan Kerajaan, jabatan kerajaan, institusi pengajian tinggi dan persatuan penduduk yang mewakili rakan kongsi Sungai Bunus di bawah “Local Agenda 21 (LA21) Kuala Lumpur ( LA21)”.

Program LA21 ini melibatkan kerjasama antara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), masyarakat serta sektor swasta ke arah menghasilkan pembangunan mampan.

Jika sebelum ini Sungai Bunus hanya disebut-sebut dalam perbincangan dan mesyuarat rakan kongsi, kali ini peserta berpeluang melihat sendiri wajah sebenar Sungai Bunus dalam usaha menaiktaraf peranan sungai untuk dijadikannya sebagai nadi kehidupan warga kota.

Ekplorasi yang bermula dari pukul 8.00 pagi hingga itu membawa peserta melalui empat kolam takungan banjir yang dibina oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) iaitu di Taman Sungai Bunus, Kolam Setapak Jaya, Kolam Kg Boyan dan Kolam Titiwangsa.

Misi ini juga sebagai persiapan untuk penganjuran Hari Sungai Sedunia yang akan disambut di sepanjang Sungai Bunus pada 24 Sept.

WAJAH SEBENAR SUNGAI BUNUS

Jika sebelum ini, peserta hanya membaca berita betapa teruknya Sungai Bunus, pagi Ahad itu mereka termasuk penulis berpeluang melihat sendiri keadaan Sungai Bunus yang berkeladak selepas hujan lebat.

Jelas sudah ia memberi isyarat sesuatu harus dilakukan secara berterusan bagi meningkatkan kualiti air Sungai Bunus, isu yang menghimpit kebanyakan sungai di negara ini.

Sungai Bunus yang bermula dari Wangsa Maju dan berakhir di Kampung Baru sebelum memasuki Sungai Klang sudah puluhan tahun dibelenggu masalah ini terutama isu mendapan, sampah dan bau.

Sebahagian penduduk yang tinggal di kawasan sepanjang sungai hanya melihat Sungai Bunus sebagai tempat buangan sisa dari dapur rumah sementara mereka dari premis perniagaan serta kilang turut menyumbang kepada pencemaran sungai.

Usaha menghidupkan Sungai Bunus seperti yang dirancang dalam pelan tranformasi yang sedang diusahakan oleh 22 rakan kongsi Sungai Bunus ternyata bukan mudah.

Pengakuan ini dibuat sendiri oleh Ir Azman Abu Bakar, pemilik Perunding Azman, Oii dan Roa Sdn Bhd salah satu penggerak dalam komuniti Sungai Bunus.

Syarikat beliau diberi tanggungjawab dalam Projek Tebatan Banjir Sungai Bunus untuk meneruskan misi bagi memastikan sungai berkenaan bukan sahaja dapat membantu masalah banjir yang berlaku di kawasan sekitarnya tetapi dapat memberi manfaat kepada penduduk sekitar.

“Ini bukan tugas mudah terutama untuk menukar mentaliti masyarakat supaya sama-sama menggalas tanggungjawab menjaga kesejahteraan sungai dan melihat kepentingannya dalam kehidupan. Banyak yang perlu dilakukan dan usaha itu giat dimulakan sejak awal tahun ini.

“Sambutan Hari Sungai Sedunia yang akan diadakan di sepanjang sungai ini nanti adalah satu pendekatan bagi memperkenalkan Sungai Bunus kepada warga Kuala Lumpur,” katanya selepas berakhirnya ekplorasi Sungai Bunus.

EMPAT LOKASI SAMBUTAN

Sambutan Hari Sungai Sedunia bakal diadakan serentak di empat lokasi sepanjang Sungai Bunus iaitu di Taman Sungai Bunus, Kolam Setapak Jaya, Kolam Kg Boyan dan Kolam Titiwangsa.

Setiap lokasi mempunyai program tertentu seperti program kesukarelawan sungai nadi kehidupan di Kolam Tebatan Banjir Kg Boyan yang akan dirasmikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mohd Amin Nordin Abdul Aziz.

Di Taman Sungai Bunus dan Kolam Setapak Jaya pula, akan diadakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan kolam, aktiviti berbasikal , menanam pokok dan senamrobik.

Sementara itu, di Kolam Tasik Titiwangsa pula dijangka diadakan aktiviti kempen dan pameran kesihatan oleh Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL, jualan pokok buah-buahan serta pameran motosikal berkuasa tinggi.


Menurut Azman, secara keseluruhannya pelbagai program dirancang yang boleh disertai warga kota terutama penduduk berhampiran kerana matlamatnya adalah untuk memperkenalkan Sungai Bunus.

“Inilah peluang untuk orang ramai melihat apa yang telah dibangunkan di kolam tebatan banjir yang turut dijadikan taman rekreasi baru untuk warga kota.

“Kesemua taman ini belum dibuka lagi kepada orang ramai kerana terdapat beberapa isu yang masih belum diselesaikan terutama masalah penyelenggaraan. Apabila dibuka nanti, kita perlu menyelengaranya sebaik mungkin,” katanya sambil menambah perbincangan dengan DBKL bagi mengambil allih kerja penyelengaraan masih belum menemui kata putus sehingga kini.

Boleh dikatakan masih ramai warga kota masih belum benar-benar mengenali Sungai Bunus dan pembangunan yang dijalankan termasuk kemudahan yang sudah dibina.

“Kita tidak mahu kemudahan ini menjadi ‘gajah putih’ . Ia perlu diuar-uarkan kepada orang ramai sebelum dibuka nanti, ” katanya.

Menurut Azman lagi, program eksplorasi memberi gambaran yang jelas kepada rakan kongsi Sungai Bunur tentang pembangunan kawasan hijau di kolam takungan yang kesemuanya meliputi kawasan sekitar 16 hektar.

Di Kolam Setapak Jaya, contohnya, kawasan yang boleh dibangunkan sebagai kawasan hijau kira-kira enam hektar sementara di Kolam Kg Boyan, lebih kurang dua hektar boleh dijadikan kawasan hijau di tengah-tengah Kuala Lumpur.

JADIKAN SUNGAI BUNUS KELAS DILUAR BILIK DARJAH

Kelab Duta Rimba Kuala Lumpur, sebagai rakan kongsi Sungai Bunus, yang diketuai S. Ganesan melihat Sungai Bunus berpotensi dijadikan sebagai pembelajaran di luar bilik darjah.

Turut menyertai eksplorasi yang julung-julung kali diadakan itu, beliau yang juga seorang guru di Sekolah kebangsaan La Salle 1 Brickfields, melihat Sungai Bunus cukup lengkap untuk dijadikan modul pembelajaran mengenai sungai dan alam sekitar.

Sebelum ini banyak sekolah membawa pelajar ke luar Kuala Lumpur untuk mengenali sungai, tumbuhan serta alam sekitar bagi pembelajaran di luar bilik darjah.

“Banyak elemen ada di Sungai Bunus yang boleh didedahkan kepada pelajar seperti mengenalpasti punca pencemaran, tumbuh-tumbuhan yang ada di sekitar kawasan sungai serta habitat yang hidup di dalamnya.

“Kita boleh bangunkan modul pembelajaran yang boleh digunakan untuk sekolah di sekitar Kuala Lumpur yang kini tidak kurang 300 buah,” katanya sambil menegaskan, kawasan hijau di kolam tebatan banjir harus digunakan sebaiknya.

Sementara itu, wakil Indah Water Konsortium dalam Local Agenda 21 Kuala Lumpur, A Ghani Mohamed pula melihat beberapa isu perlu ditangani segera terutama isu pencemaran di Sungai Bunus.

Air berkeladak yang dilihat ketika ekplorasi dipercayai berpunca daripada kawasan pembangunan di sepanjang jajaran sungai.

“Bukan sahaja air berkeladak tetapi sampah juga dilihat bertaburan di dalam sungai.

Sisa buangan dari bengkel motosikal, kedai mencuci kereta dialirkan terus ke dalam sungai.

“Banyak kedai haram, perumahan setinggan, kawasan pelupusan barang-barang lusuh yang dibina di kawasan rizab Sungai Bunus yang perlu diatasi kerana mereka ini menjadi penyumbang utama kepada pencemaran,” katannya.

Bagi beliau, penglibatan komuniti untuk sama-sama menjaga Sungai Bunus menjadi agenda utama dalam sambutan Hari Sungai Sedunia yang bakal diadakan nanti. – BERNAMA

Kategori