Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Bau Mayat Tak Patahkan...

JOHOR BAHRU - Menghidu bau mayat busuk dan kemungkinan kenderaan masuk gaung adalah...

Sabah Masih Bebas Jangkitan...

KOTA KINABALU – Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Yahya Hussin berkata Sabah masih...

Kereta Dipercayai Milik Kevin...

HUTAN MELINTANG - Kereta yang dipercayai milik Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan...

Terjunan ‘Maut’ Dari Papan...

KREATIF... Macam-macam gelagat dapat dilihat apabila tibanya musim banjir. Ada yang mengambil peluang...

LPP Mahu Semua PPN & PPK Lafaz, Tandatangani IBR

TAIPING – Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) mahu semua Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) dan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (PPK) melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dalam usaha mengawal dan menangani amalan rasuah dalam organisasi itu.

Ketua Pengarahnya Datuk Mohd Salim Taha berkata beliau juga mahu semua warga kerja organisasi itu di semua peringkat menjadikan IBR sebagai tanggungjawab peribadi yang perlu dipatuhi dan diamalkan.

“Melalui usaha ini pihak kami yakin masalah rasuah dapat ditangani dengan berkesan,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Hari Inovasi/Pelancaran Produk Champion Pertubuhan Peladang dan Majlis IBR LPP, di sini hari ini.

Pada majlis itu seramai 30 pengurus besar PPK dan tiga pengurus besar PPN yang diketuai Pengarah LPP Perak Mohd Fauzi Badron menandatangani dan melafazkan IBR, disaksikan Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak Rosli Mohd Sattar.

Mohd Salim berkata LPP juga menubuhkan jawatankuasa di peringkat negeri bagi memantau dan memastikan tiada amalan rasuah dalam organisasinya.
​​​​​​​
“Kita mempunyai pegawai penyelia di peringkat daerah selain audit dalaman yang akan membuat pemeriksaan terhadap urus niaga masing-masing. Melalui kawalan ini, kita dapat mengesan dengan cepat sebarang amalan rasuah,” katanya.


Mohd Salim berkata dua lagi PPN iaitu Selangor dan Terengganu akan menandatangani IBR dalam masa terdekat. – BERNAMA

Kategori