Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

DCA Diarah Siasat Dakwaan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengangkutan mengarahkan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) untuk menyiasat dakwaan...

Kementerian Pertahanan Bina 40...

KAJANG – Kementerian Pertahanan akan membina sebanyak 40 buah rumah secara percuma untuk...

AG (Kool FM) Terlibat...

PENYAMPAI stesen radio swasta Kool FM, AG atau nama sebenarnya, Muhammad Azmir Selamat terlibat...

Rumpai Miang Mexico: Pertanian...

KUALA TERENGGANU - Jabatan Pertanian Negeri Terengganu mengambil langkah drastik dengan melakukan pemantauan...

Mahadzir Lokman Kini Semakin Responsif

AHAD lalu, peminat industri hiburan tempatan dikejutkan dengan berita sedih pengacara, Datuk Mahadzir Lokman dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas dilaporkan kritikal.

Baca: Mahadzir Lokman Kritikal Di ICU, PPUM

Terkini, pengacara tersebut dilaporkan sudah semakin stabil dan menunjukkan tanda-tanda positif seolah-olah beliau boleh mendengar bunyi di sekeliling.

Menurut adiknya, Danial Lokman berkata, Mahadzir mula memberi reaksi pada malam Isnin lepas dengan menggerakkan tangannya apabila disapa oleh doktor.

Selain itu, pengacara itu turut dilihat mengalirkan air mata walaupun pada ketika itu beliau masih berada dalam koma.

Perkara berkenaan secara tidak langsung bagaikan memberi sinar harapan kepada ahli keluarga untuk melihat beliau kembali pulih seperti sedia kala.

“Isnin lalu, sudah ada sedikit perubahan, dia sudah boleh menggerakkan tangan apabila disapa doktor.

“Anak saudara saya yang berada di sana turut menyaksikan Mahadzir mengalirkan air mata walaupun masih dalam keadaan koma,” katanya memetik mStar Online.

Jelas Danial lagi, doktor ada menjalankan pemeriksaan imbasan Magnetic Resonance Imaging (MRI) ke atas abangnya pada pagi semalam (Selasa).

Pelbagai usaha yang dilakukan oleh Daniel bagi memberi semangat kepada Mahadzir untuk kembali pulih.


Selain daripada membaca ayat al-Quran, dia juga kerap kali membisikkan bait-bait kata semangat buat abangnya itu agar segera sedar.

“Saya berbuat begitu sebab tahu dia boleh dengar sebenarnya. Saya berharap semua orang mendoakan agar abang saya kembali sembuh,” ujarnya.

Sementara itu, Danial turut memberitahu bahawa satu majlis tahlil untuk Mahadzir bakal diadakan pada malam ini (Rabu).

Bagaimanapun, majlis tersebut hanya diadakan dalam kalangan ahli keluarga dan rakan terdekat sahaja.

Mahadzir telah dibawa ke PPUM oleh anggota keluarganya Ahad lalu,  selepas ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri. – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

Kategori