Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

3 Maut, 26 Cedera...

KUCHING - Tiga yang maut dalam kejadian letupan di lombong arang batu di...

EU Dijangka Iktiraf Minyak...

Kuching: Industri sawit negara dijangka menerima khabar positif berhubung Pensijilan Minyak Sawit Mampan...

Lebih 200,000 Kenderaan Dijangka...

KUALA LUMPUR : Sebanyak 207,500 kenderaan akan melalui Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak mulai esok...

3 Cara Unik Dakwah...

BEKAS vokalis kumpulan rock kapak kumpulan Handy Black yang popular sekitar era 1980-an...

Mahasiswa Digalak Sertai Myagrosis Jadi Usahawan

KUALA LUMPUR – Golongan mahasiswa yang meminati bidang keusahawanan disaran merebut peluang mendapatkan pembiayaan permulaan perniagaan daripada RM10,000 sehingga RM50,000 di bawah program Kelab Usahawan Siswazah Tani (Myagrosis).

Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Tan Sri Badruddin Amiruldin berkata pembiayaan tanpa faedah dan cagaran itu diberikan kepada siswazah yang mahu menjadikan agropertanian sebagai sumber pendapatan utama di bawah program pembiayaan Mikro MyAgrosis Agropreneur Muda.

“Mereka juga boleh mendapat laluan mudah untuk mendapat pinjaman daripada Agro Bank dan Tekun Nasional untuk membesarkan perniagaan mereka,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Keusahawanan Chillax MyAgrosis dan My Best Buy di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di sini hari ini.

Badruddin berkata sejak 2015 hingga Julai tahun ini seramai 63 penerima telah mendapat pembiayaan tersebut melibatkan kira-kira RM2 juta.

Katanya, skop pembiayaan merangkumi sektor pertanian dan industri asas tani seperti pengeluaran, tanaman, ternakan, perikanan dan pemasaran dalam bentuk kemudahan dan peralatan serta modal pusingan perniagaan.

Selain pembiayaan, mereka yang menyertai program Myagrosis juga diberikan latihan dan maklumat mengenai perniagaan agropertanian seperti akuakultur, buah-buahan, input pertanian, ekopelancongan, florikultur, herba dan kesihatan, industri asas tani, perkhidmatan makanan, tanaman dan ternakan.


Sehingga kini keanggotaan Kelab Myagrosis adalah seramai 31,379 orang di 105 institut pengajian tinggi merangkumi universiti awam, institut latihan pertanian, politeknik, kolej vokasional dan institusi pengajian tinggi swasta.

Kelab Myagrosis dibangunkan pada tahun 2011 bertujuan melahirkan usahawan muda yang berdaya saing dan maju dalam sektor pertanian. – BERNAMA

Kategori