Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Mat Sabu Antara Calon...

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu adalah antara nama...

The Sugarbook, Aplikasi Untuk...

"THE Sugarbook adalah sebuah aplikasi sosial media bertujuan bagi membina sebuah komuniti yang...

4,087 Kes Baharu, 29...

KUALA LUMPUR: Sebanyak 4,087 jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh...

Pembunuh Bersiri Maut Ketika...

BOCHUM - Seorang pembunuh bersiri yang sedang menjalani hukuman ditemui mati akibat terkena renjatan...

MAINJ, ANGKASA Kerjasama Tingkat Sosioekonomi Islam

JOHOR BAHRU – Kerjasama antara Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) dalam membangunkan harta wakaf secara lebih progresif dan komprehensif di negeri ini, dilihat dapat meningkatkan tahap sosioekonomi umat Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor Abd Mutalip Abd Rahim berkata ia juga memberi peluang kepada MAINJ untuk merancakkan lagi pembangunan hartanah wakaf di Johor.

Katanya, sebagai agensi yang bertanggungjawab dalam wakaf, MAINJ sentiasa bersedia membangunkan harta wakaf dengan mana-mana pihak bagi memanfatkan umat Islam.

“MAINJ akan sokong selagi tidak bercanggah dengan kehendak hukum syarak. Tambahan, pencapaian wakaf dalam pembangunan hartanah dan wakaf tunai menunjukkan umat Islam semakin sedar untuk membantu saudaranya yang memerlukan,” kata beliau berucap pada Majlis Pewakaf dan Penyerahan Bangunan Wakaf antara MAINJ dan ANGKASA di Uda Business Centre, Bandar Baru Uda, di sini, hari ini.

Menurut beliau, penyerahan bangunan itu merupakan kesinambungan usaha yang pernah dilakukan oleh MAINJ sebelum ini, antaranya membangunkan Hospital Wakaf Kencana di kawasan Bandar Baru Uda.

“Insya-Allah, ada lagi pembangunan lain termasuk di Pontian di bawah Baitulmal dan Perbadanan Islam Johor (PIJ). Ia bagi meningkatkan ekonomi umat Islam.

“Pada masa sama, kita masih mengumpul dana wakaf kepada pelajar-pelajar selain untuk tujuan kesihatan seperti pembelian mesin-mesin dialisis,” katanya.


Sementara itu, Presiden ANGKASA, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata pewakafan bangunan bernilai RM1.56 juta itu yang dibeli menggunakan dana Infaq Lil-Waqf, dilaksanakan berdasarkan hasrat para penyumbang.

“Apa jua perolehan yang diterima oleh bangunan ini nanti, 80 peratus akan diserahkan balik kepada dana Infaq Lil-Waqf manakala 20 peratus diserahkan kepada MAINJ.

Premis ini juga akan disewakan kepada peniaga dengan kadar sewaan yang kompetitif dan ia merupakan projek projek pertama kita dalam membangunkan ekonomi umat Islam,” katanya. – BERNAMA

Kategori