Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Jangan Main Golf Dengan...

PUTRAJAYA - Penjawat awam tidak dihalang untuk bermain golf atau menyertai aktiviti sukan...

Bapa Berang, Pengasuh Cuai...

SEORANG bayi berusia 17 bulan mengalami kecederaan melecur agak teruk, didakwa disebabkan kecuaian pengasuh...

Parlimen Bersidang 15 Hari...

PUTRAJAYA - Sidang Dewan Rakyat akan berlangsung selama 15 hari mulai 13 Julai...

Pelajar Keluarga B40 Diberi...

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid menegaskan kerajaan masih lagi...

Mangsa Banjir Di Kedah Turun Kepada 636 Orang

ALOR SETAR – Jumlah mangsa banjir di Kedah sehingga tengah hari ini turun kepada 636 orang berbanding 651 orang pagi tadi.

Menurut Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), ia membabitkan 189 keluarga yang ditempatkan di lima pusat pemindahan di sekitar Kota Setar, Kubang Pasu dan Pendang.

Di Kota Setar, tiga pusat itu ialah di Sekolah Kebangsaan (SK) Gunung yang menempatkan 263 mangsa, Dewan Wawasan Kampung Kelompang (31) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Seberang Perak (enam).

Sementara itu hanya satu pusat pemindahan yang masih beroperasi di daerah Kubang Pasu dan Pendang iaitu di SK Kodiang Lama, Jitra yang menempatkan 56 mangsa dan Dewan Rakan Sukan Tanah Merah, Pendang yang menempatkan 280 mangsa.

Hujan lebat yang berlaku Rabu lalu menyebabkan banjir dengan penduduk di daerah Kota Setar, Pendang, Pokok Sena, Kuala Muda dan Kubang Pasu dipindahkan ke pusat pemindahan.


Sebanyak 34 pusat pemindahan dibuka sejak banjir melanda Kedah pada 21 Sept lalu dengan 29 daripadanya telah ditutup berikutan cuaca cerah sejak empat hari lepas. – BERNAMA

Kategori