Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Berkongsi Semangat Hari Kebangsaan...

KUALA LUMPUR - Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini menyaksikan Arkib...

Jepun, Turki Sepakat Bina...

TOKYO - Jepun dan Turki bersetuju untuk menyegerakan pembinaan loji tenaga nuklear di...

Pergerakan 3 Orang Dalam...

KUALA LUMPUR - Polis membenarkan pergerakan tiga orang termasuk pemandu kenderaan bagi penduduk...

Aliran Trafik Lancar Pada...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara lancar dan...

Mangsa Kebakaran Terima Rawatan Terbaik Di HKL

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata barisan doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) kini melakukan yang terbaik dalam memberi rawatan kepada empat mangsa kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang mengorbankan 23 nyawa, Khamis lepas.

Perdana menteri meluangkan masa melawat mangsa berkenaan hari ini sejurus tiba di Kuala Lumpur selepas menghadiri sambutan Hari Malaysia di Kota Kinabalu semalam.

“Saya telah melawat empat mangsa ini sebentar tadi…saya dapati bahawa mereka berada dalam jagaan yang sangat baik. Doktor-doktor di HKL telah dan sedang melakukan yang terbaik. Menurut pendapat yang diberikan doktor, mangsa ada peluang baik untuk sembuh.

“Bagaimanapun proses sembuh itu agak perlahan. Kita sama-sama berdoa mudah-mudahan mereka dapat pulih,” katanya ketika ditemui pemberita.

Ditanya adakah mangsa dapat bercakap dengan beliau, Najib berkata dua daripada mereka boleh bercakap.

“Dua lagi mangsa dalam keadaan ‘heavily sedated and ventilated’ (dalam keadaan tidur dengan bantuan alat penafasan) kerana terlalu banyak asap dalam paru-paru mereka. Mereka berdua ini tidak boleh bercakap,” kata perdana menteri.


Namun beliau yakin dengan kepakaran doktor HKL yang mampu memberi rawatan terbaik kepada kesemua mangsa.

Dalam kejadian awal pagi Khamis itu, 21 pelajar dan dua guru pusat tahfiz di Datuk Keramat di sini terkorban selepas terperangkap dalam kebakaran di tingkat paling atas bangunan tiga tingkat berkenaan yang turut mencederakan tujuh yang lain.

Tiga daripada mereka dibenar meninggalkan HKL malam tadi. – BERNAMA

Kategori