Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Lulus RM5 Juta...

PUTRAJAYA : Kerajaan melaksanakan operasi pembenihan awan (OPA) di Kelantan bermula Jumaat hingga...

Sultan Ibrahim Berpendirian Tegas,...

ISKANDAR PUTERI : Kepimpinan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang dikenali sebagai Raja...

Mahathir Kini De Facto...

KUALA LUMPUR - Adakah mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mengambil...

Kisah Tabah Calon BN...

BERJUANG... Ketika Pakatan Harapan (PH) bermegah dengan dana besar selain bebas guna jentera...

Masa Depan V Shem-Wee Kiong Bakal Ditentukan

KUALA LUMPUR – Masa depan gandingan beregu badminton lelaki negara Goh V Shem-Tan Wee Kiong hanya akan ditentukan selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada Isnin depan.

Perkara itu disahkan Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria yang menegaskan keputusan ke atas pasangan nombor tujuh dunia itu akan dibuat selepas menilai laporan yang bakal dibentangkan Pengarah Teknikal BAM, Morten Frost Hansen dan jurulatih beregu negara Cheah Soon Kit.

“Morten Frost dan Cheah Soon Kit sebelum ini telah diberi tanggungjawab untuk berjumpa dan mengenal pasti masalah yang melanda mereka (V Shem-Wee Kiong) dan akhirnya laporan tersebut akan dibentangkan pada mesyuarat C&T yang akan diadakan Isnin depan.

“Kita akan membuat penilaian secara terperinci dengan mengambil kira pandangan pelbagai pihak sebelum membuat sebarang keputusan muktamad sama ada V Shem-Wee Kiong akan terus dikekalkan atau dipisahkan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Selepas merangkul pingat perak di temasya Sukan Olimpik Rio 2016, pasangan yang mula ‘dibentuk’ sewaktu Piala Thomas 2014 di New Delhi, India itu turut berjaya menjuarai Siri Super Akhir di Dubai selain pernah menduduki ranking pertama dunia.

Namun prestasi yang tidak konsisten dipamerkan kedua-dua pemain itu tahun ini termasuk terkandas di pusingan kedua Kejohanan Badminton Dunia 2017 di Glasgow, Scotland bulan lepas menimbulkan keresahan dalam kalangan peminat badminton tempatan.


Malah pelbagai pihak turut menggesa BAM agar segera mengambil tindakan sewajarnya dan mencari jalan penyelesaian mengenai kemelut yang melanda gandingan terbabit.

Dalam pada itu Norza turut menolak dakwaan Frost yang mengatakan pasangan terbabit akan dipisahkan untuk digandingkan dengan pasangan baharu seperti yang dilaporkan sebuah akhbar bahasa Inggeris tempatan (The Star) minggu lepas.

“Apa yang diperkatakan Frost itu mungkin adalah pandangan peribadi beliau sahaja kerana pada akhirnya C&T yang akan menentukan keputusan tersebut,” tambah beliau. – BERNAMA

Kategori