ANDA masih beraya bujang tahun ini? Masih belum dipertemukan dengan jodoh?
Kepada anda yang masih single mingle, jangan kecewa bila rakan-rakan anda yang lain memuat naik gambar bersama pasangan mereka ketika berhari raya, berdoalah agar anda juga dapat beraya dengan pasangan pada perayaan akan datang!
Walau bagaimanapun, bukanlah menjadi kesalahan jika anda mempunyai keinginan untuk mempunyai pasangan. Kerana Nabi Adam AS juga pernah berasa kesepian dan tidak bahagia apabila berada si syurga tanpa Hawa di sisi Baginda.
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan rasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantara kamu kasih dan sayang.
“Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (Ar-Rum 21)
Maksudnya, setiap yang berada di dunia ini semuanya diciptakan berlawanan. Lelaki-wanita, putih-hitam, syurga-neraka, betul-salah. Hanya bayi membuatkan wanita merasa dirinya ibu dan hanya lelaki boleh membuat seseorang merasa dirinya wanita.
Kepada anda yang masih belum bertemu jodoh, jangan bersedih dan perbanyakkan doa agar segera bertemu jodoh kerana kita semua memerlukan pendamping untuk meneruskan kehidupan.
Allah mencipta keperluan asas yang indah dimana dicintai dan mencinta serta melindungi dan dilindungi adalah kemahuan setiap individu. – MYNEWSHUB.CC