Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Ebola: Kementerian Kesihatan Perkukuh...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan terus memperkukuhkan tahap kesiapsiagaan dan...

Ringgit Dijangka Diniagakan Tinggi...

KUALA LUMPUR – Ringgit dijangka diniagakan tinggi minggu depan disebabkan antara...

5 Penjelajah Wanita M’sia...

PUTRAJAYA - Lima penjelajah akan dipilih menyertai ekspedisi eksklusif wanita ke Antartika -...

Pemuda UMNO Labuan Tambah...

LABUAN - Pemuda UMNO Labuan akan terus menambah baik program bulanannya 'Jom Isi...

Masyarakat Masih Kurang Kesedaran Jaga Sungai

IPOH – Perak tidak mempunyai masalah berkaitan bekalan air, namun kesedaran masyarakat dalam menjaga kebersihan sungai masih kurang.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Perak Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata masyarakat perlu sedar implikasi buruk termasuk kepada bekalan air dan penjanaan tenaga akan berlaku sekiranya sumber air tidak dijaga.

“Kita nak masyarakat tahu sungai ini amat penting untuk dijaga dan ia tidak boleh dipandang ringan, kalau berlaku pencemaran ia akan beri kesan kepada sumber air dan seterusnya bekalan air.

“Kalau bekalan air bermasalah banyak loji Tenaga Nasional Berhad akan terjejas dan seterusnya memberi masalah kepada bekalan elekrik,” katanya kepada pemberita selepas melawat Empangan Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta sempena Perak Festival of Ideas-Dialog Pangkor 2017 di sini, hari ini.

Program ‘Festival of Ideas’ bermula 23 Ogos hingga 12 Sept ini bagi memberi peluang kepada orang ramai khususnya rakyat di Perak memberi idea dalam suasana yang ceria.

Sehubungan itu, Zainol Fadzi meminta masyarakat agar menjaga kebersihan sungai daripada terus tercemar bagi mengelakkan implikasi buruk terhadap kehidupan seharian serta pertumbuhan ekonomi.


“Isu yang kita hadapi hari ini adalah pencemaran sungai, jika pergi ke sungai dan melihat perangkap sampah, macam-macam sampah ada…sampai peti sejuk dan sofa pun ada,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Lembaga Air Perak Datuk Ir Mohd Yusof Mohd Isa berkata menjaga kebersihan sumber air bukan tanggungjawab pihak tertentu sebaliknya semua pihak dalam memastikan masa hadapan yang lebih baik. – BERNAMA

Kategori