Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Tambahan Stesen HSR Di...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) masih mengkaji keperluan membina stesen...

M’sia, S’pura Komited Penuhi...

PUTRAJAYA - Malaysia dan Singapura komited untuk terus memenuhi obligasi mereka mengikut undang-undang...

Dadah Dalam Paket Minuman...

GEORGE TOWN - Polis Pulau Pinang membongkar taktik baharu pengedaran dadah di negeri...

Perbahasan RUU Antiberita Tidak...

KUALA LUMPUR - Sesi petang Dewan Rakyat hari ini kecoh dengan pertikaman lidah...

Mati Ditumbuk Akibat Pecah Belon Pameran

JOHOR BAHRU – Angkara memecahkan belon dan menarik kain rentang gerai pameran sebuah hotel di Stulang Laut, seorang eksekutif pemasaran dipukul hingga mati oleh urusetia program itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam kelmarin, mangsa yang dipukul dilaporkan mengalami kecederaan parah pada muka sebelum disahkan meninggal dunia ketika dalam rawatan pada jam 5 petang semalam.

Timbalan Ketua Polis I Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Rupeah Abdul Wahid, berkata pihaknya menerima satu laporan berhubung kejadian memukul hingga menyebabkan kecederaan parah pada mangsa.

Laporan itu diterima pada jam 10 pagi semalam. Katanya, kejadian berlaku di sebuah hotel di Stulang Laut dekat sini membabitkan seorang lelaki berusia 46 tahun yang bekerja sebagai eksekutif pemasaran.

“Kejadian berlaku pada jam 9.30 malam, apabila mangsa dan rakannya yang selesai minum di sebuah pub di kawasan Stulang, beredar ke tempat letak kenderaan di tingkat lima hotel berkenaan.

“Ketika melalui hadapan bilik pameran yang disewa bagi tujuan program promosi pelancongan, mangsa bertindak memecahkan beberapa belon digantung pada tepi pintu bilik, selain menarik kain rentang dipasang bagi acara itu.

“Perbuatan lelaki itu bagaimanapun disedari oleh suspek yang secara kebetulan sedang minum di lokasi berdekatan, sebelum menjerit kepada mangsa hingga tercetus pertengkaran.


“Suspek kemudian bertindak menumbuk muka mangsa beberapa kali hingga menyebabkan kecederaan parah,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam yang dipetik media tempatan.

Rupeah berkata, suspek berusia 40 tahun itu didapati merupakan salah seorang daripada urusetia yang terbabit dalam program yang dianjurkan hotel berkenaan.

Beliau berkata, susulan kematian mangsa, suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

*Video di bawah sekadar hiasan…

Kategori