Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Gaduh Depan Surau: Polis...

JOHOR BAHRU - Polis menahan empat lelaki bagi membantu siasatan kes pukul seorang...

Singapura Uji Penanda Jalan...

WASPADA... Jika di Terengganu, awal tahun lalu tular menerusi media sosial mengenai lintasan...

Pengasas Bersama Bersatu, Rais...

Bekas ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu yang juga adalah pengerusi biro strategi dan...

Dana Tambahan RM4.5 Bilion...

KUALA LUMPUR - Kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyediakan dana tambahan...

Mayat Lelaki Dibunuh Terlentang Di Perhentian Bas

ISKANDAR PUTERI – Mayat seorang lelaki dipercayai dibunuh, dijumpai dalam keadaan terlentang oleh orang awam di sebuah perhentian bas di Jalan Persiaran Sungai Danga, Nusa Bistari, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Noor Hashim Mohamad berkata hasil pemeriksaan awal mendapati mayat lelaki berkenaan dipercayai berusia dalam lingkungan 20-an dan seorang warganegara berdasarkan penemuan parut suntikan imunisasi BCG (Bacillus Calmette Guerin) pada lengan mangsa.

“Pada pukul 7.50 pagi tadi, Balai Polis Bukit Indah telah menerima panggilan awam berkenaan penemuan satu mayat yang terbaring di sebuah perhentian bas di kawasan Nusa Bistari. Apabila tiba di lokasi, kita menemukan mayat seorang lelaki yang berada dalam keadaan terlentang dan memakai baju berwarna oren dan seluar pendek corak kotak,” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Hasil pemeriksaan ke atas mayat tersebut turut mendapati terdapat kesan luka dan cedera di bahagian belakang kepala mangsa, kata Noor Hashim.

“Kita syaki mangsa telah dipukul berdasarkan penemuan luka di bahagian belakang kepala tetapi punca sebenar hanya akan diketahui selepas laporan bedah siasat dikeluarkan oleh pihak forensik Hospital Sultanah Aminah (HSA),” jelasnya.

Selain itu, tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai pada mangsa, yang ditemui kira-kira 20 meter dari kawasan perumahan, tambahnya lagi.

Menurut Noor Hashim, semakan terhadap balai polis lain juga tidak menerima sebarang laporan mengenai orang hilang dan pihaknya masih sedang menjalankan siasatan di kawasan kejadian.


“Kita sedang periksa sekiranya ada kamera litar tertutup di kawasan berkenaan kerana kita percaya mayat ini berasal dari kawasan lain dan sengaja diletakkan di kawasan ini,” kata Noor Hashim yang menambah kejadian berlaku antara lewat malam atau awal pagi tadi kerana kawasan tersebut merupakan kawasan yang sibuk.

Katanya lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sehubungan dengan itu, orang ramai yang kehilangan anggota keluarga atau mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian boleh menghubungi Ibu pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri atau mana-mana balai polis terdekat. – BERNAMA

Kategori