Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Tokan Dadah Wanita Beraya...

Manjung : Wanita dipercayai tokan dadah yang baru tiga bulan aktif kegiatan itu...

Harga Petrol, Diesel Dijangka...

KUCHING - Harga minyak dunia dijangka terus turun sehingga Januari depan berdasarkan trend...

Anugerah Oscar: Guillermo del...

LOS ANGELES - Filem fantasi The Shape of Water dinobatkan sebagai filem terbaik...

Bekas Perogol Bersiri Diharam...

KOTA KINABALU - Kerajaan negeri Sabah telah mengharamkan bekas perogol bersiri rakyat Malaysia,...

McDonald’s Kesal Ramai Sakit, Burger Tak Masak

SEOUL – Ketua syarikat makanan segera, McDonald’s Korea, Joh Ju-yeon melahirkan rasa kesal berikutan dakwaan sesetengah pelanggan yang mengatakan kandungan burger yang kurang masak.

Ini menyebabkan mereka menghadapi masalah kesihatan selepas menjamah burger popular Bulgogi. Ju-yeon dalam satu kenyataan media dikeluarkan berkata, dia menyatakan kekesalan berhubung perkara berkenaan.

Ini adalah kali pertama McDonald’s Korea mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu tersebut. Julai lalu, seorang wanita membuat aduan kepada pejabat pendakwa raya Seoul terhadap McDonald’s Korea.

Dia mendakwa anak perempuannya berusia lima tahun menghadapi masalah buah pinggang kekal selepas makan burger Happy Meal. Ini disusuli dengan ramai lagi individu tampil membuat aduan secara terbuka.

McDonald’s Korea kemudian bertindak menggantung burger itu setelah kes berkenaan menjadi tular. Kementerian Makanan dan Keselamatan Dadah turut menyiasat insiden pelik tersebut.


Terdapat sejumlah 430 cawangan restoran itu di seluruh Korea Selatan sejak McDonald’s memasuki pasaran negara berkenaan pada 1988 lalu bermula di Daerah Gangnam. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori