Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Institusi Pondok Perlu Berdaftar...

PASIR PUTEH - Institusi pondok di Kelantan diminta berdaftar dengan Majlis Agama Islam...

Kiriman Kad Raya Hidupkan...

KUALA LUMPUR - Bagi seorang kerani, Juliana Hamdan, sambutan Aidilfitri pasti tidak akan...

Permaisuri Johor Sumbang RM20,000...

JOHOR BAHRU - Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah hari ini...

BN Perlu Terus Menang...

ALOR SETAR - Lima tahun selepas Barisan Nasional (BN) kembali merampas Kedah selepas...

Medan Pendedahan Terbaik Di Korea Selatan

SHAH ALAM – Penyertaan Malaysia pada Kejohanan Bola Sepak Pantai Antarabangsa Busan Kedua di Pantai Songdo, Busan, Korea Selatan, hujung minggu ini merupakan medan terbaik untuk menilai prestasi semasa pemain skuad kebangsaan.

Penolong jurulatih, Mohd Saiful Md Noor berkata peluang bermain di kejohanan jemputan yang berlangsung selama dua hari itu bermula ini bakal memberikan pengalaman berharga yang diperlukan pemain untuk menghadapi kejohanan seterusnya.

Selain itu, kejohanan tersebut akan menjadi medan penilaian bagi mengekalkan 10 pemain terbaik bagi menghadapi satu lagi kejohanan antarabangsa, Novdember ini, katanya kepada pemberita pada sesi latihan skuad negara di gelanggang bola sepak pantai UiTM di sini hari ini.

Katanya, tiada sasaran khusus diletakkan pada kejohanan di Korea Selatan kerana masih belum mendapat senarai penuh pasukan bertanding.

Mohd Saiful berkata, sebanyak 12 pemain yang beraksi pada Kejuaraan Bola Sepak Pantai AFC di Kuala Terengganu, Mac lepas dikekalkan selain disertai tiga pemain lain iaitu Mohd Hasrol Ali (Terengganu), Muhammad Aminullah Abd Razab (Pahang) dan Mohd Jamil Daud (Kelantan) bagi melengkapkan senarai 15 pemain.

Skuad bola sepak pantai kebangsaan akan berlepas ke Busan, Jumaat ini.


Senarai 15 Pelatih:

Mohd Nazri Sulaiman, Khairul Azizi Norwawi, Mohd Zaharim Mohd Yusoff, Mohd Riduwan Mohd Nor, Mohammad Fakhrullah dan Mohammad Fakhruddin Mohamad, Muhammad Qushairi Assari, Mohd Khairul Nizam Mohamad, Mohd Rozairi Ahmad, Mohd Hasrol Ali (kesemua pemain Terengganu)
Ajasni Parman dan Mohd Ridhwan Zainal (Kuala Lumpur), Mohd Shafiq Riza Huzair dan Muhamad Aminullah Abd Razab (Pahang) dan Mohd Jamil Daud (Kelantan).

– BERNAMA

Kategori