Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Geran Pembangunan Ekosistem 5G...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan memperkenalkan Geran Pembangunan Ekosistem 5G bernilai RM50 juta...

11 Ditahan Cetus Kekecohan...

SHAH ALAM - Polis menahan 11 penyokong bola sepak kerana mencetuskan kekecohan pada...

PPDNHEP Selangor Tumpaskan Sindiket...

SHAH ALAM - Kegiatan satu sindiket menjalankan aktiviti pembelian diesel secara tidak sah...

81 Individu Dari Itali...

NILAI - Seramai 81 individu terdiri daripada rakyat Malaysia dan tanggungan serta enam...

Melaka United Tak Akan Benarkan JDT Menang Mudah

MELAKA – Biarpun berdepan dengan pasukan terhebat dalam Liga Malaysia, Melaka United tidak akan memberi laluah mudah kepada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada saingan suku akhir pertama Piala Malaysia, di Stadium Hang Jebat, Krubung, Jumaat ini.

Pengurus pasukan Melaka United, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata walaupun prestasi pasukannya terumbang-ambing, ia tidak bermakna mereka tidak mempunyai peluang untuk menang.

“Saya harap pemain dapat menampilkan aksi terbaik dengan tidak mensia-siakan peluang menjaringkan gol,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Sukan Bola Sepak Bawah 16 tahun di padang, Wisma MUSA hari ini.

Dalam kempen Piala Malaysia, katanya, secara realistinya, Melaka United menghadapi kesukaran melepasi peringkat suku akhir memandangkan lawannya adalah pasukan terbaik dalam Liga Super.

Bagaimanapun, pemain dan jurulatih dimaklumkan bahawa tiada istilah kalah atau menang sebelum turun ke padang, katanya yang juga presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA).

Mohd Yusoff berkata kejayaan melangkah ke suku akhir merupakan satu pencapaian yang membanggakan bagi mengubati kekecewaan peminat setia pasukan ini.


Beliau berkata tiket bagi perlawanan tersebut akan mula dijual pada pagi Jumaat ini dengan harga RM30 untuk tempat duduk berbumbung dan RM15 untuk tempat duduk terbuka.

Sementara itu, Mohd Yusoff berkata Kejohanan Bawah 16 Tahun yang julung kali diadakan itu adalah usaha bersama MUSA dan Majlis Sukan Sekolah Negeri Melaka (MSSNM) untuk melahirkan pemain pelapis.

Katanya, usaha tersebut perlu dilakukan secara berterusan kerana hasilnya hanya akan dapat dilihat dalam jangka masa empat atau lima tahun lagi. – BERNAMA

Kategori