TORONTO – Wanita pertama Amerika Syarikat, Melania Trump semalam, mengundang adik pewaris kedua takhta Britain, Putera Harry untuk berkunjung ke Rumah Putih.
Trump, 47 yang sedang dalam rangka lawatan solo antarabangsa pertamanya berkata demikian ketika menghadiri upacara pembukaan Sukan Invictus 2017, sukan untuk veteran tentera yang tercedera.
“Bagi pihak suami dan seluruh negara, saya ingin menyampaikan rasa terima kasih kepada anda dan keluarga di atas segala pengorbanan yang dicurahkan bagi memastikan keselamatan kami terjamin,” katanya dalam ucapan ringkasnya.
Harry, 33, pewaris kelima takhta British, mengasaskan Sukan Invictus tiga tahun lalu.
Difahamkan lebih daripada 550 anggota tentera yang cedera dan mengalami kecacatan dari 17 negara bersekutu mengambil bahagian dalam 12 acara adaptif dalam temasya sukan yang berakhir pada 30 September ini. – Reuters/BH Online