Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Anita Sarawak, Suami Jual...

SUDAH lama kita tidak mendengar kisah diva pop Malaysia, Anita Sarawak yang pernah...

Anggota Polis Cedera Patah...

GEORGE TOWN - Seorang anggota polis mengalami kecederaan patah kaki kanan selepas dirempuh...

Raja Salman, Erdogan Bincang...

ANKARA - Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dan Raja Salman dari Arab Saudi...

2.7 Juta = 1%...

JAKARTA - Badan Nasional Pencegahan Terorisme Indonesia (BNPT), mendedahkan bahawa sekitar 2.7 juta...

Mengaku Tak Bersalah Rogol Kenalan ‘WeChat’

PUTRAJAYA – Seorang pekerja sebuah syarikat penyelenggaraan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak atas pertuduhan merogol seorang remaja berusia 15 tahun yang dikenalinya menerusi aplikasi ‘WeChat’.

Muhammad Ajid Nasiruddin, 19, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah kosong di Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 9 malam 7 Ogos lepas mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatjika sabit kesalahan.

Hakim Yong Zarida Sazali membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh tidak boleh menghubungi dan mendekati mangsa sehingga perbicaraan kes itu selesai.

Mahkamah menetapkan 23 Okt untuk sebutan semula kes.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nordiyanasari Omar tidak menawarkan jaminan kerana tertuduh mengenali mangsa dan bimbang lelaki itu akan mengganggu remaja tersebut, bagaimanapun peguam Aiman Ariff Abdul Azij yang mewakili tertuduh memohon jaminan yang rendah.


Katanya anak guamnya yang mula bekerja sejak tamat persekolahan bagi meringankan beban keluarga tinggal bersama keluarganya di Kuala Lumpur sejak hari kejadian. – BERNAMA

*Video di bawah sekadar hiasan…

Kategori